Apabila Kesihatan Mental Menjadi Penghalang kepada Senaman: Menyokong Individu Mengikut Keadaan Mereka
Oleh Amanda L. Rebar, Universiti South Carolina, Amerika Syarikat
Aktiviti fizikal semakin kerap disyorkan sebagai sebahagian daripada penjagaan kesihatan mental, dan ia bukan tanpa sebab. Buktinya cukup meyakinkan: aktiviti fizikal yang dilakukan secara berkala dapat mengurangkan gejala kemurungan dan keresahan, meningkatkan kesejahteraan, serta melengkapkan rawatan psikologi dan farmakologi.
Namun begitu, terdapat satu persoalan praktikal yang mendasari usaha menggalakkan aktiviti fizikal untuk kesihatan mental: bagaimanakah kita boleh menyokong seseorang untuk terus aktif apabila kesihatan mental yang terjejas itu sendiri melemahkan motivasi dan keupayaan yang diperlukan?
Apabila Gejala Menjadi Penghalang untuk Aktif
Kajian semakin menunjukkan bahawa gejala kesihatan mental bukan sekadar penghalang kepada aktiviti fizikal. Gejala ini merupakan sebahagian penting daripada proses itu sendiri, kerana ia membentuk motivasi dan keupayaan seseorang untuk aktif.
Bagi seseorang yang mengalami kemurungan, keresahan atau tekanan yang tinggi, gejala tersebut boleh menjadi penentu penting kepada tingkah laku aktiviti fizikal mereka. Kemurungan boleh menguras tenaga, menjadikan tugasan harian terasa lebih berat, dan mengurangkan keseronokan yang pernah diperoleh daripada aktiviti yang dahulunya bermakna bagi mereka. Keresahan pula boleh menyebabkan suasana sosial, persekitaran yang asing, atau bahkan sensasi fizikal yang berkaitan dengan senaman terasa tidak selesa atau mengancam. Tekanan boleh menyempitkan tumpuan kepada keperluan segera semata-mata, sehingga meninggalkan ruang mental yang berkurangan untuk matlamat esihatan jangka esihat.
Menyokong Aktiviti Fizikal Ketika Gejala Berubah
Dengan itu, gejala esihatan mental bukan esiha mempengaruhi perasaan seseorang, tetapi juga kemampuan mereka untuk melibatkan diri dalam tingkah laku yang boleh menyokong esihatan mental mereka sendiri. Kesedaran ini mengalihkan tumpuan daripada sekadar mempreskripsikan aktiviti fizikal kepada menyokong penglibatan seseorang dalam aktiviti tersebut.
Jadi, bagaimanakah pengamal esihatan boleh membantu seseorang kekal terhubung dengan aktiviti fizikal apabila gejala menyukarkan penyertaan mereka?
Titik permulaan yang berguna ialah menyedari bahawa kesihatan mental jarang sekali kekal statik. Gejala berubah dari semasa ke semasa, dan begitu juga keupayaan seseorang untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Seseorang yang aktif dan bersemangat pada satu minggu mungkin mendapati aktiviti yang sama jauh lebih sukar pada minggu berikutnya. Perubahan ini selalunya mencerminkan gejala dan keadaan yang berubah, bukannya kekurangan komitmen.
Melihat Kemunduran sebagai Maklumat, Bukan Kegagalan
Perspektif ini menggalakkan pengamal kesihatan supaya tidak lagi menganggap aktiviti yang terlepas sebagai satu kegagalan. Apabila aktiviti fizikal tidak berjalan seperti yang dirancang, keadaan itu sebenarnya memberikan maklumat. Berbanding bertanya mengapa seseorang gagal melaksanakannya, mungkin lebih berguna untuk bertanya apakah yang menjadi penghalang. Adakah matlamat yang ditetapkan terlalu tinggi berbanding gejala yang dialami pada minggu tersebut? Adakah keletihan menjadikan aktiviti itu terlalu memenatkan? Adakah tuntutan lain yang lebih mendesak mengambil keutamaan? Atau adakah aktiviti itu sekadar terasa tidak menyeronokkan atau terlalu membebankan? Memahami halangan ini boleh membantu pengamal kesihatan dan pesakit menyesuaikan rancangan pada masa hadapan, bukannya meninggalkannya terus.
Mengurangkan Kebergantungan kepada Motivasi dan Kawalan Diri
Implikasi kedua ialah sokongan tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada motivasi. Motivasi memang turun naik secara semula jadi, terutamanya ketika kesihatan mental sedang terjejas. Pengamal kesihatan boleh membantu mewujudkan keadaan yang memudahkan aktiviti dimulakan dan dikekalkan.
A second implication is that support should not rely entirely on motivation. Motivation naturally ebbs and flows, particularly during periods of poor mental health. Practitioners can help create conditions that make activity easier to initiate and maintain.
Menyesuaikan Matlamat Aktiviti dengan Keperluan yang Berubah
Matlamat yang fleksibel, pelan tindakan yang jelas, persekitaran yang menyokong dan rutin yang konsisten semuanya dapat mengurangkan kebergantungan kepada motivasi seketika. Sebagai contoh, matlamat mungkin perlu cukup fleksibel untuk menampung gejala yang berubah, manakala pelan tindakan pula dapat membantu mengaitkan aktiviti dengan isyarat dan peluang tertentu dalam kehidupan seharian.
Flexible goals, clear action plans, supportive environments, and consistent routines can all reduce reliance on momentary motivation. For example, goals may need to be flexible enough to accommodate changing symptoms, while action plans can help link activity to specific cues and opportunities in daily life.
Yang penting, ini bukan bermakna kita merendahkan jangkaan. Sebaliknya, ia bermakna kita menyedari bahawa kemajuan jarang berlaku secara lurus dan berterusan. Ketika melalui tempoh yang lebih sukar, kejayaan mungkin bermaksud sekadar mengekalkan rutin, berjalan kaki seketika, atau mencari cara yang mampu dilaksanakan untuk terus kekal bergerak. Ketika gejala kurang membebankan pula, matlamat boleh diperluas dan aktiviti boleh ditingkatkan.
Mengapa Keseronokan Itu Penting
Why Enjoyment Matters
Akhir sekali, keseronokan wajar diberi perhatian yang lebih besar dalam usaha menggalakkan aktiviti fizikal. Bukti terkini menunjukkan bahawa aktiviti fizikal pada masa lapang mempunyai kaitan yang lebih kuat dengan kesihatan mental berbanding aktiviti yang dilakukan dalam domain lain, dan ini menonjolkan bahawa konteks memainkan peranan penting. Aktiviti yang terasa menyeronokkan, bermakna dan dipilih sendiri mungkin lebih mudah dikekalkan dan lebih bermanfaat kepada kesihatan mental berbanding aktiviti yang dilakukan semata-mata kerana dianggap baik untuk kesihatan. Oleh itu, membantu seseorang mencari bentuk pergerakan yang benar-benar mereka hargai mungkin sama pentingnya dengan membantu mereka mencapai sesuatu sasaran aktiviti.
Menyokong Individu Mengikut Keadaan Mereka
Secara keseluruhan, prinsip ini menggambarkan maksud sebenar menyokong individu mengikut keadaan mereka. Ia bukan bermaksud merendahkan jangkaan atau meninggalkan matlamat, tetapi menyesuaikan sokongan mengikut gejala, keadaan dan peluang yang sentiasa berubah.
Aktiviti fizikal boleh menjadi alat yang berkuasa untuk menyokong kesihatan mental. Namun, mengesyorkannya hanyalah permulaan. Cabaran sebenar, dan juga peluang, bagi pengamal kesihatan ialah membantu seseorang kekal terhubung dengan aktiviti fizikal apabila gejala menyukarkan penyertaan mereka. Menyokong individu mengikut keadaan mereka, menyesuaikan sokongan apabila keadaan berubah, dan menganggap kemunduran sebagai peluang untuk belajar mungkin sama pentingnya dengan saranan itu sendiri.
Saranan Praktikal
1. Jangkakan turun naik, bukan konsistensi.
Gejala kesihatan mental, motivasi dan tahap tenaga berubah dari semasa ke semasa. Bincangkan aktiviti fizikal sebagai sesuatu yang mungkin perlu disesuaikan dari minggu ke minggu, dan bukannya mengharapkan kemajuan yang stabil serta lurus.
2. Anggap kemunduran sebagai maklumat, bukan kegagalan.
Apabila aktiviti fizikal tidak berjalan seperti yang dirancang, telitilah apa yang menjadi penghalang. Adakah matlamat itu terlalu tinggi berbanding gejala semasa? Adakah terdapat tuntutan lain yang bersaing, halangan persekitaran, atau masalah dari segi keseronokan? Gunakan pemahaman ini untuk memperhalusi rancangan pada masa hadapan, bukannya meninggalkannya.
3. Bina rancangan yang tidak bergantung sepenuhnya kepada motivasi.
Bantu seseorang mengenal pasti rutin ringkas, isyarat dan pelan tindakan yang memudahkan aktiviti dimulakan, terutamanya pada hari yang lebih mencabar. Matlamatnya bukan untuk memaksimumkan motivasi, tetapi untuk mengurangkan kebergantungan kepada kawalan diri.
4. Utamakan penglibatan sebelum kemajuan.
Ketika kesihatan mental sedang kurang baik, kekal melibatkan diri dalam aktiviti fizikal mungkin lebih penting daripada mencapai sasaran garis panduan. Berjalan kaki seketika, rutin yang sudah biasa, atau bentuk pergerakan yang mampu dilaksanakan dapat membantu mengekalkan keyakinan dan menjadi asas kepada kemajuan pada masa hadapan.
5. Jadikan keseronokan sebagai salah satu sasaran rawatan.
Aktiviti yang terasa bermakna, memuaskan atau menyeronokkan lebih berkemungkinan dikekalkan dalam jangka masa panjang. Bantu seseorang mencari bentuk pergerakan yang benar-benar mereka hargai, dan bukan hanya tertumpu kepada apa yang kelihatan optimum dari segi teori.
Diterjemahkan oleh: Dr Sangeeta Singh
Read more









