“Kebaikan kita berjalan kaki?” – Perubahan tingkah laku secara berpasangan yang sesuai selepas penyakit strok adalah berjalan kaki
Oleh Stephan Dombrowski, University of New Brunswick, Canada
Berjalan sebagai satu bentuk tingkah laku aktiviti fizikal amat membantu bagi individu yang menghidap strok, punca utama ketidakupayaan orang dewasa. Aktiviti fizikal yang kerap selepas strok boleh mengurangkan risiko strok berulang, membantu pemulihan dan meningkatkan fungsi keseluruhan, kesihatan dan kesejahteraan. Walau bagaimanapun, penghidap strok menghabiskan kira-kira 75% waktu terjaga untuk duduk, lebih banyak daripada rakan sebaya mereka yang sama umur. Namun, berjalan adalah salah satu bentuk aktiviti fizikal pasca strok yang paling boleh dicapai – 95% individu boleh berjalan 11 minggu selepas strok. Di samping itu, berjalan adalah satu bentuk aktiviti fizikal yang diutamakan untuk penghidap strok yang menganggapnya mudah diakses, menyeronokkan dan dapat bergaul dengan orang. Soalan utama ialah bagaimana untuk menyokong orang yang mengalami strok untuk berjalan dengan lebih banyak?
Anda tidak akan berjalan sendirian
Penyakit kesihatan seperti strok boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan seseorang penghidap strok termasuk kepada pasangan, ahli keluarga dan rakan-rakan. Semasa seseorang itu dalam kesusahan dalam kehidupan mereka yang berkaitan dengan kesihatan, individu biasanya menyokong satu sama lain untuk membantu menangani penyakit ini dan juga dalam proses pemulihan. Bukti telah menunjukkan bahawa orang yang menghidap strok yang telah berjaya (semula) melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan selepas strok cenderung mendapat sokongan dari pasangan mereka. Rakan yang menyokong selalunya kelihatan secara intuitif menggunakan pendekatan yang logik termasuk teknik yang berkesan bagi mencapai matlamat serta pemantauan dan membantu penghidap strok untuk terlibat dalam tingkah laku berjalan melalui aktiviti yang dikongsi. Penyelidikan kualitatif telah menunjukkan bahawa dengan menggunakan pendekatan ini, kerjasama ini berusaha untuk memulihkan aktiviti berjalan kaki untuk memudahkan penyertaan dalam aktiviti yang dinikmati bersama sebelum strok. Kita boleh menerangkan pendekatan ini sebagai ‘kerjasama berpasangan’ di mana dua orang (orang yang menghidap strok dan ahli keluarga) bekerjasama untuk mencapai satu matlamat (meningkatkan berjalan). Soalan utama ialah sama ada kita boleh atau dapat membuat intervensi berpasangan berlaku dengan lebih kerap dan sistematik melalui intervensi atau perkhidmatan? (more…)
Read more









