Menjadi diri yang terbaik sebagai sebab untuk mengunak tingkah laku

By Winifred Gebhardt, Leiden University, The Netherlands

Lebih kurang sembilan tahun yang lalu, saya telah bertukar menjadi vegetarian sepenuhnya. Dalam sebuah novel yang saya telah baca, watak utamanya menerangkan bagaimana dia tidak boleh makan sesuatu “yang pada satu ketika mempunyai jantung yang berdenyut”. Seperti  petir yang menyambar, kata – kata tersebut memberi kesan yang mendalam . Saya menyedari bahawa ini betul-betul yang saya dapat merasakan. Saya berhenti makan daging dan ikan dengan serta-merta, dan semenjak ituvsaya tidak mempunyai sebarang masalah dengan diet baru ini. Tingkah laku  yang baru ini serasi dengan dengan “jiwa saya” .

Sebaliknya, pada masa yang lalu saya kerap bersukan seperti berjoging dan mudah berlari sejauh tujuh kilometer. Walau bagaimanapun, saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai “orang yang suka bersukan”, dan apabila terdapat halangan seperti sakit, saya menjadi lemah dan kurang bermaya. Saya kini tidak lagi cuba untuk menjadi “orang yang bersukan” tetapi cuba untuk berjalan bila-bila masa yang saya dapat pada siang hari. Saya menganggap diri saya sebagai “seorang yang aktif”.

Tindakan kita akan  mencerminkan diri kita

Tingkah laku saya untuk “tidak makan haiwan” padan dengan persepsi diri saya.  Berkelakuan sebagai seorang vegetarian memberikan pandangan yang positif tentang “diri saya” sebagai orang yang prihatin dan sukakan haiwan. Setiap kali saya bercakap mengenai pilihan saya ini, atau menolak hidangan yang berdaging, “diri saya” akan berjaya mengawalnya .

Mengetahui bahawa kita melihat apa yang kita lakukan sebagai sebahagian daripada siapa diri kita dan ingin yang terbaik untuk diri kita, adalah titik permulaan yang amat berguna untuk intervensi kesihatan. Sebagai contoh, bagaimana diri kita dapat membezakan tingkah laku  yang baik dengan tingkah laku yang tidak sihat (contohnya, minum sedikit wain semasa makan malam kerana saya menganggap diri saya seseorang yang menikmati kehidupan yang baik), boleh juga dilihat oleh orang lain , sebagai tidak berbahaya bahkan baik untuk kesihatan , tingkah laku (misalnya, meminum minuman yang tidak mengandungi alkohol juga dapat  menggayakan kehidupan yang sempurna). Kunci untuk mengubahnya adalah membuat apa yang kita lakukan dengan relevan dengan diri kita sendiri dan terbaik untuk diri kita . Ini merupakan motivasi berintegrasi untuk berubah, adalah mengikut teori teori Penentuan Diri, yang terdekat dengan motivasi intrinsik murni, di mana kita melakukan tingkah laku kerana kita suka melakukannya.

Sebahagian daripada kehidupan diri kita pada masa akan datang

Kita manusia adalah pengembara masa yang sangat baik, dan menghabiskan hampir separuh daripada masa kita memikir tentang masa depan. Di antaranya, kita membuat pelbagai kemungkinan untuk diri kita dan untuk masa hadapan ;  pilihan yang dipanggil “ Kemungkinan”. Ianya meningkatkan imaginasi kita, dan peluang untuk mencapai matlamat kita. Sebagai contoh, kita dapat menbayangkan diri kita pada masa depan untuk berhenti serta tidak akan merokok akan menambahkan keyakinan untuk berusaha tidak merokok. Oleh itu, sebagai seorang perokok perlu dapat menggambarkan diri mereka sebagai “orang yang tidak merokok pada masa depan” sebelum mereka benar-benar boleh berhenti. Rakan saya Eline Meijer bersama  saya, sedang menjalankan kajian di mana seorang perokok dapat membayangkan jenis orang yang mereka akan jadi jika mereka berhenti merokok, dan jika mereka terus merokok. Para perokok akan menulis tentang imej dan memberikan gambar / foto yang mereka kaitkan dengan kehidupan mereka. Intervansi ini dapat mencerminkan diri mereka seperti: Jika saya berhenti merokok, saya akan menjadi “seorang wanita yang pandai, dengan perwatakan yang baik” atau “menjadi seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab” dan sebaliknya: Jika saya akan terus merokok ini akan menjadi “batuk, wanita tua yang sedih dengan pelbagai masalah “atau” seorang yang anti-sosial, berbau, dan tidak sihat daripada segi kesihatan “. Penemuan pertama yang menarik adalah bahawa kebanyakan gambar serta foto yang disediakan bersifatkan simbolik dan keadaan kehidupan sebenar, yang  tidak mendorong kepada seorang perokok atau produknya. Persatuan penulis dengan gambar yang mereka sediakan termasuk: “tidak ragu-ragu”, “lengkap” dan “tegas” berbanding “penagih”, “kemurungan” dan “putus harapan”. Kami masih perlu menyelidik sama ada intervensi ini dapat membantu mengubah tingkah laku, tetapi kami juga berharap ‘imej diri’ ini dapat dipraktikkan apabila diperlukan, contohnya, semasa mengidam, dapat membantu untuk tidak makan. Bukti keberkesanan intervensi-diri yang dibayangkan pada masa depan telah pun wujud untuk kelakuan kesihatan lain seperti bersenam.

Kami berkembang dalam kumpulan di mana kita rasa diri kita berasal

Dalam kehidupan seharian, melawan keinginan atau godaan untuk untuk makan atau keinginan untuk membuat sesuatu mungkin adalah sangat sukar. Sebagai seseorang yang ingin untuk berhenti, anda mungkin rasa takut atau merasakan rakan-rakan anda tidak dapat terima anda  sebaik sahaja anda tidak lagi bertindak selaras dengan keinginan rakan dan saudara-mara anda. Anda juga mungkin akan terlepas aktiviti anda bersama mereka. Kebanyakan persepsi diri kita berdasarkan kumpulan sosial yang kita ada. Sebagai contoh, kebanyakan orang yang merokok atau megambil dadah mempunyai rakan-rakan yang sama mengambil dadah dan seorang  perokok sebagai rakan mereka. Penggunaaan bersama bahan ini adalah tingkah laku yang akan mentakrifkan “menjadi sebahagian daripada kumpulan”. Ini seterusnya, dikaitkan dengan pelbagai jenis kualiti yang lain. Sebagai contoh, anak-anak muda selepas daripada pemulihan, masih mempunyai kawan yang ‘memiliki dadah’ dan kawan mereka ini masih orang yang “sesuai dengan mereka”, walaupun  sekarang mereka sudah berhenti. Rakan yang ditdak menggunakan mungkin kelihatan seperti kurang menyokong nilai peribadi mereka, lebih membosankan, atau kurang “kecerdasan, kesetiaan dan tahap kematangan”. Ini menggambarkan bahawa cabaran bagaimana untuk kekal menjadi ahli kumpulan sosial yang bernilai baik seharusnya berada di atas agenda kita apabila cuba menyokong gaya hidup yang sihat.

Oleh itu, untuk mewujudkan perubahan yang berterusan, kita perlu untuk bangunkan diri sendiri yang positif di mana  dapat melihat masa depan seperti melakukan tingkah laku sihat yang baru yang selari dengan nilai-nilai yang penting untuk diri sendiri, serta dengan persekitaran sosial yang baik.

Cadangan-cadangan praktikal

  1. Kelakuan mempunyai kepentingan langsung terhadap pengalaman dan imej diri. Galakkan orang untuk berfikir secara kreatif tentang siapa mereka boleh menjadi, contohnya dengan membuat catatan pada papan mood untuk diri mereka yang ideal dan yang ditakuti pada masa depan.
  2. Cari cara untuk memandang diri sendiri yang dikaitkan dengan tingkah laku baru yang boleh dipetik pada saat-saat kritikal seperti keinginan atau godaan. Contohnya, lekatkan catatan papan mood yang dihasilkan pada skrin permulaan PC atau telefon pintar, sebagai peringatan kenapa seseorang benar-benar ingin berubah.
  3. Bantu mereka menggabungkan tingkah laku baru mereka dalam konteks sosial yang mempunyai nilai pada mereka, contohnya dengan mengamalkan cara yang boleh dialihkan dari norma kumpulan. Sebagai contoh, apabila ditawarkan alkohol, ini boleh tangani secara sopen dengan mengatakan “Saya sangat menghargainya, dan  terima kasih (saya sudah mempunyai bahagian saya untuk hari ini)”, atau menyatakan: “Wow, anda sentiasa mengingati saya, seperti seorang kawan yang baik. Bagaimana keadaan anda akhir-akhir ini? “.

Translated by [Dr Sangeeta Kaur]

Join Our Blog

Signup today to get notified when new relevant blog posts are published.

And don’t worry, we hate spam too! You can unsubscribe at anytime.