Bagaimana untuk mengekalkan kesihatan melalui tingkah-laku untuk jangka waktu yang panjang?

Oleh Dominika Kwasnicka, SWPS University, Poland and University of Melbourne, Australia

Matlamat utama bagi program promosi kesihatan adalah untuk menggalakkan perubahan sikap dan tingkah laku yang berpanjangan dan golongan profesional  perubatan pula dapat memainkan peranan dalam membantu pesakit untuk meningkatkan kesihatan mereka dan mengekalkan perubahan tingkah laku. Kami tahu bahawa perubahan tingkah laku kesihatan adalah perkara yang  sukar untuk dimulakan dan ia boleh menjadi lebih mencabar untuk mengekalkannya dalam jangka waktu panjang. Satu soalan  yang besar dalam psikologi kesihatan adalah mengapa perkara ini  sangat sukar untuk dikekalkan.

Untuk menjawab soalan ini kumpulan kami telah melihat beberapa teori yang menerangkan bagaimana seseorang itu boleh berubah dan seterusnya dapat mengekalkan perubahan kesihatan mereka secara positif seperti berhenti merokok dan menjadi lebih aktif. Kami mengenal pasti 100 teori yang menjelaskan bagaimana seseorang itu dapat mengubah tingkah laku mereka dan mengekalkan perubahan tersebut. Berita baik bagi mereka  yang mempromosikan kesihatan adalah 100 teori ini boleh dibahagikan kepada lima tema utama yang perlu ditangani untuk mencapai perubahan bagi jangka masa panjang tersebut.

  1. Motivasi yang berkekalan adalah sangat penting bagi memulakan perubahan tingkah laku dalam kesihatan, seperti menyertai gim, berjoging, makan makanan yang sihat dan  mengelakkan makanan segera atau penggunaan alkohol yang berlebihan. Tidak menghairankan, motivasi ini  amat penting dalam mewujudkan perubahan tingkah laku bagi jangka masa yang panjang. Motivasi turun naik dari masa ke semasa dan untuk mengekalkan tingkah laku kesihatan yang baharu, kita perlu membuat strategi baharu yang lebih  berkesan untuk mengekalkan tingkah laku kesihatan yang baharu ini walaupun motivasi yang sedia ada semakin tidak berkesan. Ia boleh dilakukan misalannya dengan merancang apa yang boleh anda lakukan apabila anda berdepan dengan halangan dan cabaran yang bakal dihadapi. Contohnya, dengan mempunyai  pelan dimana “apabila hujan lebat di luar, saya akan bersenam di rumah dan bukan ke gim atau berjoging”.
  2. Pengawalan kendiri juga termasuk mengawasi setiap pergerakan yang kita lakukan. Memantau tingkah laku anda adalah sangat penting untuk mengenal pasti sama ada tingkah laku semasa anda perlu diubah dan jika anda perlu mengubahnya secara aktif, atau jika perubahan diperlukan. Contohnya, untuk mengetahui sama ada tahap aktiviti fizikal merupakan satu isu, anda perlu peka terhadap keaktifan anda setiap hari. Anda boleh menggunakan aplikasi pada telefon mudah alih untuk melihat berapa banyak langkah yang anda lakukan setiap hari atau anda boleh melihat berapa minit yang anda aktif setiap hari. Garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia  menyatakan bahawa kita memerlukan lebih kurang 30 minit aktiviti fizikal intensiti sederhana setiap hari, dan jika anda menyedari bahawa anda jauh dari garis panduan ini, maka anda perlu merancang bagaimana untuk mengubahnya, untuk mengekalkan aktiviti ini, cthnya. anda perlu tahu bagaimana dan dimana untuk melakukan perubahan-perubahan tersebut.
  3. Sumber-sumber termasuk psikologi dan fizikal, adalah amat penting untuk mengekalkan perubahan tingkah laku kesihatan kita. Sebagai contoh, adalah sukar untuk kekal sihat (bersenam, makan dengan baik) apabila anda merasa lemah, apabila anda tertekan, merasa tidak bertenaga atau jika tidur yang tidak mencuckupi pada malam sebelumnya. Sumber-sumber seperti psikologi  diperlukan untuk mengekalkan tingkah laku kesihatan, agar anda mempunyai tenaga, rehat yang cukup, dan tidak tertekan. Sumber-sumber fizikal juga penting; kita perlu membina infrastruktur di sekeliling kita untuk hidup dengan lebih sihat. Sebagai contoh, kita tidak boleh memakan makanan sihat dan kita juga tidak dapat membeli perubatan yang diperlukan jika tiada kedai yang menjualnya  di sekitar kawasan kita. Sumber-sumber seperti psikologi dan fizikal sangat penting kerana ianya dapat memastikan kita dapat mengekalkan gaya hidup yang sihat.
  4. Tabiat – semua orang kerap bercakap tentang perkara ini dan kebanyakan orang memahaminya sedikit berbeza daripada ahli psikologi. Untuk ahli psikologi kesihatan, tabiat kebiasaan berkembang dan berubah pada sesuatu perkara bagi mencapai  tingkah laku yang dilakukan adalah positif dan berkesan kepada mereka. Tabiat buruk seperti merokok atau makan larut malam adalah sukar untuk berubah, kerana mereka tidak boleh mengawal tabiat semulajadi ini yang telah menjadi kebiasaan dalam persekitaran mereka yang melakukannya. Untuk mengekalkan perubahan tingkah laku kesihatan, kita perlu menjauhkan tabiat buruk ini dan membentuk yang baik dan psikologi memberi kita beberapa penyelesaian yang boleh dilakukan. Sifat positif yang baru biasanya mengambil masa yang lama  untuk berubah dan tabiat yang lama pula  mengambil masa untuk berhenti. Teknik perubahan tingkah laku yang bagus untuk membangunkan tabiat adalah memantau sebab perkara ini berlaku (apa yang menyebabkan kelakuan tertentu) dan bertindak dengan tingkah laku yang sama dalam konteks yang sama.
  5. Akhir sekali, persekitaran kita, tempat di mana kita berada dan mereka yang mengelilingi kta, , perlu menyokong untuk mengekalkan tingkah laku positif ini. Apabila kita mengubah tingkah laku kita, kita sering perlu mengubah persekitaran kita atau menyusunnya semula.. Orang di sekeliling kita adalah amat penting bagi persekitaran kita. Keluarga, rakan dan orang yang kita luangkan masa memberikan kesan terhadap kesihatan kita. Mereka boleh membantu untuk memperbaiki dengan memberikan galakan atau menjadi model yang positif, tetapi mereka juga boleh memberi impak negatif dengan menyuruh  untuk merokok dan minum minuman beralkohol bersama mereka. Kami tidak mengesyorkan agar anda berhenti meluangkan masa bersama rakan-rakan anda yang tidak aktif, minum alkohol, merokok dan makan makanan yang tidak sihat. Kami menggalakkan anda berkongsi perancangan kesihatan anda dan membuat keputusan yang aktif agar tidak tertekan oleh orang lain. Sebagai contoh, mengatakan tidak untuk hidangan kek yang ketiga.

Bagaimana anda boleh memberi inspirasi kepada pesakit anda bukan sahaja untuk menukar apa yang mereka lakukan tetapi juga untuk mengekalkan tingkah laku kesihatan baru untuk jangka masa panjang?

Cadangan yang praktical

  1. Kekalkan motivasi – lebih mudah dikatakan daripada dilakukannya. Tanya pesakit anda mengapa mereka mahu mengubah dan mengekalkan tingkah laku kesihatan baru, nyatakan kejayaan sebelum ini atau orang lain yang berjuang tetapi berjaya.
  2. Memantau – menggalakkan pesakit anda untuk mengawal diri sendiri dan mengawasi apa yang mereka lakukan, contohnya, memantau dan mengawal tidur, aktiviti, diet, penggunaan bahan terkawal.
  3. Setiap orang memerlukan sumber –  memastikan semua pesakit anda mempunyai apa yang mereka perlukan untuk berjaya dari segi sumber psikologi dan fizikal, misalnya., dengan mendapat tidur yang mencukupi dan dan menyimpan  stok makanan yang sihat.
  4. Pentingnya untuk kita mempunyai  tabiat yang baik untuk diri kita  – mempunyai tabiat yang baik adalah cara terbaik bagi perubahan tingkah laku kesihatan serta dapat bertahan lama untuk kebaikan kesihatan kita. Untuk mempunyai tabiat yang baik, pesakit boleh membentuk jika perlu sesuatu pelan jika mempunyai sesuatu masalah, cthnya., apabila saya melihat kasut sukan untuk berjalan di pintu, saya akan terus keluar berjalan.
  5. Persekitaran yang bersikap prihatin dan positif mengenai isu isu kesihatan – pastikan pesakit anda tinggal di kawasan persikitaran yang mempunyai akses kepada sumber dan keperluan seperti perubatan dan mempunyai orang yang dapat membantu dari segi kesihatan. Adalah penning untuk memeriksa dengan pesakit jika tempat di mana beliau tinggal dan bekerja mempunyai mereka yang menyokong perubahan tingkah laku mereka, jika tidak, bagaimanakah ia dapat bertambah baik? Juga pastikan pesakit anda boleh menghubungi keluarga dan rakan-rakan untuk sokongan dalam perubahan tingkah laku yang tahan lama.

Diterjemahkan oleh Dr Sangeeta Kaur