Menceritakan kisah penjagaan terhadap orang lain
By/Oleh Irina Todorova, Health Psychology Research Center in Sofia, Bulgaria
Penjagaan ahli keluarga yang berumur dan disayangi, yang mungkin mempunyai isu kesihatan, boleh menjadi pengalaman yang rumit dan mengelirukan yang mungkin membuatkan kita rasa gembira dan mengecewakan. Kemajuan dalam sains perubatan pada masa kini membantu mereka hidup lebih lama, lebih sihat, dan dalam sesetengah keadaan boleh melambatkan penurunan kognitif yang sering datang dengan usia. Cara ahli keluarga merawat dan menjaga ahli keluarga mereka yang sudah berumur, adalah berbeza daripada segi demensia dan pengasuhaan adalah berbeza mengikut konteks budaya masing-masing. Kebanyakan orang yang sedang meningkat usia mereka pada masa kini menetap di rumah sebagai ahli komuniti dan ianya mempunyai faedah psikososial pada diri mereka dan juga untuk generasi lain dalam keluarga mereka. Pada masa yang sama, menjaga kesihatan orang yang semakin lemah seringkali disertakan dengan usaha secara fizikal, ketegangan daripada segi psikologi, kehibaan yang berkaitan dengan kehilangan atau kekurangan punca kewangan untuk penjaga mereka.
Read more









