Membina kerjasama antara penyelidikan tingkah laku dan amalan untuk meningkatkan kesihatan

Oleh Katherine Brown, Universiti Hertfordshire, United Kingdom

Kandungan catatan blog ini sebahagiannya diambil daripada pengalaman saya bekerja antara antara universiti dan jabatan kesihatan awam kerajaan tempatan, dengan peluang untuk menggunakan kemahiran penyelidikan saya, iaitu pembangunan intervensi dan penilaian saya dalam amalan.

Sama ada anda memberi tugasan, mengurus, mereka bentuk atau memberikan perkhidmatan kesihatan, kemungkinan besar terdapat sekurang-kurangnya satu tingkah laku yang perlu diubah pada pengguna perkhidmatan bagi perkhidmatan tersebut mencapai sasaran dengan jayanya. Ini kerana, tanpa mengira penyakit yang disasarkan perkhidmatan anda, atau sama ada ia boleh berjangkit (cth., selesema, Covid-19, batuk kering, jangkitan seksual) atau tidak berjangkit (cth., penyakit jantung, COPD, diabetes jenis 2 , obesiti), cara tingkah laku mereka menyumbang kepada keseluruhan beban penyakit. Ini bukan bermaksud mereka harus dipersalahkan atas masalah kesihatan mereka dan dianggap bertanggungjawab sepenuhnya untuk kesihatan dan kesejahteraan mereka sendiri. Malahan ianya agak berlawanan! Status kesihatan seseorang juga adalah akibat daripada penentu genetik, biologi, sosial dan persekitaran. Pertimbangan faktor-faktor ini adalah kunci untuk penambahbaikan dan perlindungan kesihatan.

Kepentingan tingkah laku kita dalam mengawal penyakit telah diserlahkan di peringkat global semasa berlakunya pandemik Covid-19, kerana kita semua dikehendaki menjaga jarak sosial/fizikal, kerap mencuci tangan dan/atau menggunakan pembersih tangan, elakkan menyentuh muka, memakai topeng, dan mengasingkan diri jika kita rasa kita mempunyai simptom virus, atau kuarantin semasa pulang dari destinasi perjalanan tertentu. Apabila orang melakukan perkara ini dalam jumlah yang cukup besar, penyebaran virus dapat dikurangkan, dan hasil kesihatan bertambah baik.

Salah satu bidang kajian dan penyelidikan utama dalam psikologi kesihatan ialah memahami faktor interaksi kompleks yang mempengaruhi sama ada mereka yang terlibat dalam tingkah laku yang akan memberi manfaat kepada kesihatan mereka sendiri, kesihatan orang di sekeliling mereka dan/atau kesihatan penduduk yang lebih luas. Jika kita dapat memahami perkara yang mendorong tingkah laku ini, kita berpotensi mencipta atau menyesuaikan persekitaran dan/atau intervensi secara langsung dengan cara yang akan meningkatkan tingkah laku yang sihat dan mengurangkan yang tidak sihat.

Kami mempunyai asas bukti yang penting dan pesat membangun tentang perkara yang berfungsi untuk menyokong perubahan dalam pelbagai tingkah laku termasuk tetapi tidak terhad kepada: terlibat dengan perkhidmatan di tempat pertama, pemakanan sihat, aktiviti fizikal, tingkah laku sedentari, kebersihan tangan, pematuhan ubat, berhenti merokok, dan mengurangkan pengambilan alkohol.

Bukti ini perlu diintegraikan ke dalam reka bentuk penjagaan kesihatan, kesihatan awam dan perkhidmatan penjagaan sosial. Sudah terlalu lama ahli psikologi kesihatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini dan mereka yang bekerja untuk mentauliahkan atau menghantar, telah beroperasi secara individu. Percubaan intervensi perubahan tingkah laku yang dibayar oleh pembiaya penyelidikan berprestij yang telah terbukti berkesan selalunya tidak digunakan dan diamalkan secara meluas; terlalu sedikit pelaksanaan dalam amalan adalah berasaskan bukti sepenuhnya atau dinilai dengan mantap (jika ada).

Bagaimanakah penyelidikan tingkah laku telah digunakan untuk meningkatkan kesihatan awam?

Mereka yang bekerja merentasi organisasi kesihatan dan penjagaan sosial telah lama berminat dengan cara yang membolehkan mereka boleh menggunakan bukti penyelidikan untuk memastikan perkhidmatan dan intervensi yang berkualiti tinggi. Baru-baru ini, ini termasuk kesedaran yang semakin meningkat tentang sumbangan sains tingkah laku dan psikologi kesihatan untuk memahami dan mengubah tingkah laku berkaitan kesihatan. Sebagai contoh, di UK, Public Health England telah menerbitkan strategi kebangsaanyang membuat kes untuk revolusi sains tingkah laku dan sosial dalam dasar dan amalan kesihatan awam. Begitu juga dengan Unit Perubahan Tingkah Laku yang baru ditubuhkan di Majlis Daerah Hertfordshire sering dihubungi oleh pihak berkuasa di seluruh UK dan di seluruh dunia untuk mendapatkan nasihat tentang cara mereka di mana mereka juga boleh melaksanakan kaedah dan bukti perubahan tingkah laku untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan serta menangani cabaran kesihatan awam yang utama.

Sebagai ahli penjagaan kesihatan profesional, fikirkan secara fleksibel tentang sistem kesihatan yang anda miliki dan cara bukti perubahan tingkah laku boleh digunakan, kerana reka bentuk semula perkhidmatan secara menyeluruh selalunya tidak diperlukan. Sebagai contoh:

    • Kami bekerjasama dengan pesuruhjaya dan penyedia perkhidmatan untuk menyesuaikan perkhidmatan pengurusan berat badan di Coventrysupaya kandungan berdasarkan bukti tentang perkara yang diketahui berfungsi untuk mengubah tingkah laku pemakanan dan aktiviti fizikal digunakan. Sebagai contoh, kami memasukkan ‘penetapan matlamat’, ‘perancangan tindakan’ ‘penyelesaian masalah’ dan ‘semakan matlamat tingkah laku’ kerana kita tahu bahawa ia adalah campur tangan yang berkesan untuk pengurusan berat badan.
  •  ‘Wrapped’ ialah intervensi promosi penggunaan kondom berdasarkan teori keberkesanan perubahan tingkah laku jika berkesan dan kos efektif boleh dihantar dalam talian oleh perkhidmatan kesihatan. Salah satu ramalan terkuat penggunaan kondom pada golongan muda ialah sikap afektif (berasaskan emosi) terhadap mereka (cth., mereka mengurangkan keseronokan dan mengganggu aliran seks). Sebahagian daripada intervensi secara khusus menyasarkan kepercayaan negatif tentang penggunaan kondom ini dengan menstruktur semula penggunaan kondom sebagai sesuatu yang erotik dalam video di mana pasangan sebenar akan menggunakannya semasa mereka melakukan hubungan seks.
  • ‘Stopapp’ ialah intervensi perubahan tingkah laku ringkas yang menangani halangan yang dialami oleh perokok untuk mengakses perkhidmatan berhenti merokok sedia ada yang ditauliahkan secara meluas. Ia termasuk menstruktus semula kepercayaan yang sering dipegang oleh perokok tentang sifat perkhidmatan dan melupuskan sebarang halangan dengan membenarkan tempahan segera dengan peringatan e-mel dan SMS untuk hadir.

Cadangan praktikal

Apakah yang boleh anda lakukan untuk membina kerjasama antara penyelidikan tingkah laku dan amalan untuk meningkatkan kesihatan?

  1. Penyelidik boleh membina pautan dengan perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan kesihatan awam atau perkhidmatan penjagaan dan pesuruhjaya mereka berurusan dengan topik yang menarik minat mereka dan menggunakan kerja mereka dalam amalan. Jika anda menangani keperluan kesihatan yang jelas dan boleh dibuktikan ini adalah laluan yang menjanjikan untuk menarik pendapatan geran.
  2. Perkhidmatan kesihatan atau pemimpin jabatan boleh melihat menggunakan butiran kerja dan spesifikasi orang yang menggunakan kemahiran dan pengetahuan psikologi kesihatan apabila mereka perlukan seseorang untuk memenuhi pasukan mereka. Contoh boleh didapati daripada Bahagian Kerjaya Psikologi Kesihatan Persatuan Psikological British.
  3. Pesuruhjaya atau pihak berkepentingan lain yang menyampaikan perkhidmatan kesihatan boleh menghubungi universiti tempatan dengan pakar psikologi kesihatan dan pakar perubahan tingkah laku untuk melihat sama ada mereka boleh bekerjasama dalam mereka bentuk semula perkhidmatan dan/atau penilaian. Mereka mungkin boleh membantu membida pembiayaan untuk menyokong kerjasama tersebut

Diterjemahkan oleh Dr Sangeeta Kaur