“Kebaikan kita berjalan kaki?” – Perubahan tingkah laku secara berpasangan yang sesuai selepas penyakit strok adalah berjalan kaki

Oleh Stephan Dombrowski, University of New Brunswick, Canada

Berjalan sebagai satu bentuk tingkah laku aktiviti fizikal amat membantu bagi individu yang menghidap strok, punca utama ketidakupayaan orang dewasa. Aktiviti fizikal yang kerap selepas strok boleh mengurangkan risiko strok berulang, membantu pemulihan dan meningkatkan fungsi keseluruhan, kesihatan dan kesejahteraan. Walau bagaimanapun, penghidap strok menghabiskan kira-kira 75% waktu terjaga untuk duduk, lebih banyak daripada rakan sebaya mereka yang sama umur. Namun, berjalan adalah salah satu bentuk aktiviti fizikal pasca strok yang paling boleh dicapai – 95% individu boleh berjalan 11 minggu selepas strok. Di samping itu, berjalan adalah satu bentuk aktiviti fizikal yang diutamakan untuk penghidap strok yang menganggapnya mudah diakses, menyeronokkan dan dapat bergaul dengan orang. Soalan utama ialah bagaimana untuk menyokong orang yang mengalami strok untuk berjalan dengan lebih banyak?

Anda tidak akan berjalan sendirian

Penyakit kesihatan seperti strok boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan seseorang penghidap strok termasuk kepada pasangan, ahli keluarga dan rakan-rakan. Semasa seseorang itu dalam kesusahan dalam kehidupan mereka yang berkaitan dengan kesihatan, individu biasanya menyokong satu sama lain untuk membantu menangani penyakit ini  dan juga dalam proses pemulihan. Bukti telah menunjukkan bahawa orang yang menghidap strok yang telah berjaya (semula) melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan selepas strok cenderung mendapat sokongan dari pasangan mereka. Rakan yang menyokong selalunya kelihatan secara intuitif menggunakan pendekatan yang logik termasuk teknik yang berkesan bagi mencapai matlamat serta pemantauan dan membantu penghidap strok untuk terlibat dalam tingkah laku berjalan melalui aktiviti yang dikongsi. Penyelidikan kualitatif telah menunjukkan bahawa dengan menggunakan pendekatan ini, kerjasama ini berusaha untuk memulihkan aktiviti berjalan kaki untuk memudahkan penyertaan dalam aktiviti yang dinikmati bersama sebelum strok. Kita boleh menerangkan pendekatan ini sebagai ‘kerjasama berpasangan’ di mana dua orang (orang yang menghidap strok dan ahli keluarga)  bekerjasama untuk mencapai satu matlamat (meningkatkan berjalan). Soalan utama ialah sama ada kita boleh atau dapat  membuat intervensi berpasangan berlaku dengan lebih kerap dan sistematik melalui intervensi atau perkhidmatan?

Memanfaatkan ‘apa yang  terbaik dan  berkesan’

Untuk memanfaatkan secara sistematik kesan serta faedah melalui proses berpasangan ini dalam  perubahan, satu intervensi selama 12 minggu – yang dipanggil We Walk – telah diperkenalkan dalam usaha untuk meningkatkan usaha pesakit untuk berjalan di luar selepas serangan strok. We Walk dibangunkan dengan teliti berdasarkan tingkah laku orang itu dan juga teori psikologi seseorang, dan membawa bersama fasilitator yang  terlatih, ‘kawan berjalan’ dan orang yang mengalami strok untuk bersama-sama bertemu secara peribadi atau melalui telefon untuk melakukan aktiviti dan teknik berstruktur seperti pemantauan serta penetapan matlamat dan perancangan tindakan. Intervensi ini didapati amat sesuai dan dapat dilaksanakan . Ia boleh diterima oleh kedua-dua ‘kawan berjalan’ dan orang yang mengalami strok untuk mempromosikan berjalan di luar, menggariskan potensi intervensi berpasangan untuk menyokong perubahan tingkah laku. Memandangkan penyelidikan lanjut sedang dijalankan untuk memperhalusi dan menguji intervensi ini, apakah beberapa pengajaran yang boleh diambil pada peringkat ini?

Intervensi berpasangan – membantu dan kompleks

Intervensi berpasangan adalah kompleks  kerana ia menyasarkan perbagai orang, dan  membina hubungan sedia ada antara mereka. Perhubungan sedia ada mempunyai banyak faedah, tetapi bergantung kepada jenis perhubungan yang dimiliki antara mereka. Ini termasuk aspek perhubungan seperti kepercayaan, kejujuran, rasa hormat dan cara berkomunikasi. Keadaan ini selalunya di luar kawalan intervensi berpasangan. Sebagai contoh, sesetengah peserta terlibat dengan We Walk menyerlahkan sifat dari segi galakan dan juga bebelan – yang boleh dianggap sebagai peringatan berulang untuk melaksanakan tingkah laku yang bersasar yang belum ada kemajuan yang ketara. Walaupun bebelan bukan sebahagian daripada taksonomi teknik perubahan tingkah laku, dan ia juga tidak dimasukkan sebagai teknik dalam We Walk, strategi yang menyediakan sokongan sosial boleh berubah menjadikan bebelan dalam konteks tertentu. Oleh itu, intervensi dan perkhidmatan perubahan tingkah laku berpasangan perlu memberi perhatian yang teliti untuk memastikan sokongan sosial memenuhi keperluan peribadi penghidap strok untuk memaksimumkan potensi intervensi jenis ini.

Cadangan praktikal:

  1. Berjalan ke arah kesihatan yang sihat dan jauhi kematian: Berjalan adalah satu bentuk aktiviti fizikal yang baik dan adalah popular dengan ramai orang, termasuk mereka yang menghadapi cabaran fizikal, dan boleh menjadi salah satu tingkah laku aktiviti pertama yang boleh dipertimbangkan, terutamanya bagi mereka yang tidak aktif.
  1. Menggunakan  amalan yang terbaik ‘di dunia nyata’: Orang sering menggunakan teknik perubahan tingkah laku yang berkesan secara intuitif, dan memberi perhatian kepada perkara yang berkesan dalam ‘dunia nyata’ boleh membantu orang lain.
  2. Intervensi yang sistematik: Membangunkan intervensi atau perkhidmatan berdasarkan amalan sistematik dapat membantu orang lain yang boleh menyebarkan strategi yang berguna. Bekerjasama dengan pasangan untuk berunding dan bersetuju berkongsi matlamat berjalan, dan bersama-sama merancang cara matlamat akan digubal adalah langkah penting bagi pengamal penjagaan kesihatan dalam memudahkan perubahan tingkah laku, di samping memudahkan refleksi tentang kemajuan dan menyemak matlamat dan rancangan.
  3. Hubungan yang sedia ada boleh menjadi kenyataan atau menggagalkan perubahan ini: Hubungan ini akan membantu menunjukkan penglibatan bersama, sokongan dan rasa hormat antara satu sama lain, kesanggupan untuk mencipta peluang berjalan kaki yang mencabar tetapi menarik, fleksibel dan dapat menyesuaikan diri dengan kebolehan penghidap strok .
  4. Sokong secara kolaboratif: Rakan berjalan kaki harus membantu antara satu sama lain dan memilih matlamat bermakna yang boleh mereka bina. Sebagai contoh, berjalan kaki ke pasar raya, atau mengelilingi taman adalah lebih bermakna bagi sesetengah orang berbanding bilangan langkah yang ditetapkan setiap hari, dan membantu membangunkan dan mengekalkan motivasi, terutamanya kerana alat pengukur langkah dan alat boleh pakai yang lain sering tidak berfungsi dengan baik bagi populasi ini.

[translated by Dr Sangeeta Kaur]