oleh Katarzyna Cantarero, Universiti SWPS, Poland
Kesejahteraan subjektif adalah dipengaruhi oleh kita dilahirkan dengan apa, situasi yang muncul dalam kehidupan kita, dan (nasib baik!) apa yang kita berniat untuk lakukan.. Kebanyakan penyelidik telah mengkaji apa yang boleh meningkatkan kefungsian psikologi kita. Intervensi penilaian (atau pengesahan) singkat boleh menjadi satu cara yang bagus dalam meningkatkan kesudahan positif untuk kebanyakan orang.
Kajian telah menunjukkan bahawa tugasan penulisan ringkas (cth. senarai atau surat kesyukuran) boleh meningkatkan kesejahteraan psikologi. Dalam kajian pelbagai-makmal, para penyelidik dari 87 buah negara telah membuktikan bahawa intervensi penilaian semula yang mudah (cth., mengubah bagaimana seseorang rasa tentang situasi atau fokus kepada aspek positif situasi tersebut) menggalakkan emosi yang positif ketika pandemik COVID-19. Menilai sesuatu keadaan yang berpotensi untuk memberi tekanan yang tinggi boleh membantu dalam mendapatkan manfaat daripadanya. Ketika melakukan tugasan penilaian ini, individu boleh berbincang tentang perkara yang positif dalam situasi yang sedang mereka hadapi.
Meningkatkan kesejahteraan subjektif melalui pengesahan keperluan psikologi
Ketika berlakunya pandemik, kumpulan kami telah menyelidik sama ada intervensi atas talian yang ringkas, boleh meningkatkan kesejahteraan subjektif individu. Kami telah fokus kepada cabaran-cabaran yang dihadapi terhadap keperluan psikologi asas (cth., autonomi, keberhubungan dan kecekapan) yang seseorang mungkin alami ketika tercetusnya jangkitan COVID-19. Perlunya autonomi berkait rapat dengan pilihan sendiri dan kebebasan, perlunya kecekapan berkait dengan perasaan bahawa seseorang itu boleh mencapai matlamat mereka dan perlunya keberhubungan adalah berkaitan dengan perasaan berhubung dengan orang yang kita sayangi. Mengikut Teori Penentuan Nasib Sendiri (Self-Determining Theory), kepuasan terhadap keperluan psikologi asas adalah penting untuk kefungsian manusia. Kami dapati orang yang merasakan keperluan psikologi asas mereka tercapai, melaporkan kesejahteraan mental pada tahap yang tinggi.
Dalam kajian susulan, kami meminta orang ramai menulis tentang situasi di mana, walaupun terdapat sekatan yang dikenakan kepada gaya hidup mereka yang disebabkan oleh pandemik itu, mereka dapat merasakan rasa autonomi, kecekapan dan/atau perhubungan. Intervensi singkat ini meningkatkan kesejahteraan mental melalui peningkatan rasa perhubungan, dan merendahkan tekanan yang dirasakan berbanding dengan kumpulan kawalan. Oleh itu, tugasan dalam talian yang ringkas dan mudah seperti ini boleh membantu orang ramai berasa lebih baik, tetapi masih belum diketahui berapa lama kesan positif ini boleh bertahan.
Meningkatkan kebermaknaan kerja dan penglibatan kerja
Dalam bidang penyelidikan yang lain, kumpulan penyelidikan kami telah bertanyakan samada menggunakan intervensi singkat, atas talian boleh meningkatkan hasil yang positif dalam konteks pekerjaan. Kami amat berminat dalam penglibatan kerja dan kebermaknaan kerja. Penglibatan kerja sering digambarkan sebagai perasaan dedikasi, penyerapan dan kesungguhan yang berkaitan dengan kerja. Penglibatan kerja yang tinggi mempunyai manfaat kepada individu dan juga organisasi (cth. Prestasi baik, kepuasan kerja yang tinggi dan simpton kemurungan yang rendah). Sama juga, kebermaknaan kerja dikaitkan dengan pelbagai manfaat psikologi termasuk yang terletak di luar konteks pekerjaan (cth. kebimbangan rendah, kesejahteraan tinggi).
Kajian-kajian sebelum ini telah menyarankan beberapa sumber kebermaknaan kerja (cth., menyumbang kepada sesuatu yang lebih baik, membantu orang lain, pembangunan sendiri, membuat duit). Kami membuat andaian bahawa sumber-sumber ini boleh dikategorikan kepada orientasi-kendiri atau sumber orientasi-lain yang memberi makna kepada pekerjaan. Kami ingin menguji jika intervensi bermakna yang boleh menilai diri- atau sumber orientasi-lain yang memberi makna boleh meningkatkan kebermaknaan pekerjaan dan penglibatan kerja. Pertama, kami dapati bahawa apabila kakitangan diminta untk menulis tentang mengapa mereka merasakan kerja mereka bermakna, hasilnya ialah kebermaknaan pekerjaan yang tinggi dan penglibatan kerja sementara berbanding dengan keadaan di bawah kawalan (di mana kakitangan menerangkan peralatan yang mereka gunakan di tempat kerja). Dalam kajian yang seterusnya, kami meminta kakitangan untuk menulis tentang samada menyumbang kepada sesuatu yang baik atau memajukan kerjaya profesional sebagai sumber kebermaknaan kerja lwn peralatan yang mereka gunakan di tempat kerja (kumpulan terkawal). Kami dapati menulis tentang bagaimana kerja seseorang memberi manfaat kepada orang lain meningkatkan kebermaknaan kerja dan, seterusnya, penglibatan kerja.
Secara rumusan, intervensi penilaian singkat adalah cara membantu diri sendiri dan lain-lain cara untuk meningkatkan kesejahteraan psikologi, sekurang-kurangnya untuk masa yang singkat. Kerana mereka sendiri yang memberikan contoh, intervensi yang disesuaikan kepada individu oleh itu lebih berkesan. Untuk memperbaiki kesejahteraan klien anda, atau meningkatkan kebermaknaan kerja dan penglibatan kerja, anda boleh mempertimbang untuk memberikan mereka tugasan menulis yang disarankan di bawah.
Saranan yang praktikal
- Untuk meningkatkan kesejahteraan subjektif dan menurunkan stress, minta mereka tulis tentang situasi di mana mereka rasa sesetengah atau semua yang berikut:
- Rasa autonomi, cth., apabila anda merasai anda ada pilihan dan juga kebebasan dalam perkara yang anda lakukan;
- Merasa kecekapan, cth., apabila anda telah merasakan bahawa anda telah mencapai matlamat anda;
- Rasa keberhubungan, cth., apabila anda berasa keberhubungan dengan mereka yang sayangi anda dan yang anda sayangi.
- Dalam persekitaran tempat kerja, anda boleh menyarankan kepada klien anda untuk menulis sebab-sebab mengapa kerja mereka bermakna. Atau nasihat mereka untuk bertanyakan diri sendiri tentang bagaimana kerja mereka menyumbang kepada sesuatu yang baik.
Diterjemah oleh Dr Anne Jamaludin