Membantu wanita mengandung berhenti merokok: berkongsi amalan terbaik dari UK
Oleh Felix Naughton, University of East Anglia, UK
Lebih kurang 25-50% wanita berhenti merokok apabila mendapat tahu mereka hamil. Tetapi mengapa ada yang masih terus merokok sepanjang kehamilan mereka?
Tidakkah mereka tahu merokok ketika hamil amat merbahaya? Mereka selalunya tahu. Salah satu dari kajian UK, yang terdiri daripada wanita hamil yang bermotivasi dan tidak bermotivasi untuk berhenti merokok, mendapati bahawa 99% agak bersetuju dengan kenyataan ‘merokok ketika hamil boleh menyebabkan kemudaratan yang serius terhadap bayi saya’ dengan lebih kurang 75% amat setuju. Namun begitu kurang dari 10% dari mereka yang telah berhenti merokok 12 minggu kemudian. Walaupun percubaan untuk berhenti adalah tinggi di kalangan mereka yang mempunyai ‘kepercayaan tentang kemudaratan’ tentang merokok ketika hamil, ia tidak menunjukkan peningkatan peluang untuk berjaya..