Mengajar para pengamal Kemahiran Berkomunikasi yang Sihat

Oleh Wendy Lawrence, University of Southampton

Punca utama kematian dan penyakit dalam masyarakat kita pada hari ini dipengaruhi oleh gaya hidup, dan terdapat peningkatan fokus terhadap cara-cara untuk memperbaiki kelakuan yang sihat. Para pengamal barisan hadapan, terutama sekali mereka yang bekerja di bidang kesihatan, sosial dan masyarakat, merupakan sumber utama untuk menyokong perubahan tingkah-laku. Janji temu berkala memberikan peluang untuk memulakan komunikasi tentang perubahan tingkah-laku setiap minggu, tetapi ramai pengamal merasakan bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memberi sokongan perubahan tingkah-laku. Ini boleh mengurangkan keyakinan kita untuk berbual dengan klien atau pesakit tentang topik-topik yang mungkin sensitif, termasuklah merokok, pengurangan berat badan atau pengambilan alkohol.

Kemahiran berkomunikasi yang sihat merupakan program latihan yang berdasarkan teori kognitif sosial dan teknik-teknik perubahan tingkah-laku, yang menggalakkan pemerkasaan dan penjagaan fokus-pesakit. Ia telah dibangunkan oleh pasukan pelbagai-disiplin daripada Universiti Southampton dengan konsultasi bersama  organisasi kesihatan setempat dan penjagaan sosial. Kemahiran berkomunikasi  yang sihat adalah pendekatan berdasarkan-bukti yang efektif, yang menggunakan kemahiran praktikal, mudah digunakan untuk membantu mengenalpasti cabaran-cabaran perubahan tingkah-laku mereka dan juga penyelesaiannya. Semua ahli penjagaan kesihatan profesional boleh menggunakan Kemahiran berkomunikasi yang sihat, walaupun dalam konsultasi yang singkat.

Kebanyakan orang tidak mengikut atau mengubah tingkah-laku mereka secara bersendirian. Mereka dipengaruhi oleh dunia sosial, persekitaran fizikal dan lain-lain elemen di luar kawalan mereka. Kita perlu memahami faktor-faktor ini jika ingin menyokong perubahan tingkah-laku yang berkesan. Dengan mengetahui lebih lanjut tentang kehidupan dan keadaan seseorang, anda berada di tahap yang bagus untuk memberikan sokongan yang bersesuaian dan menggalakkan perubahan tingkah-laku sihat dengan lebih berkesan. Salah satu prinsip Kemahiran ‘berkomunikasi yang sihat bermula dengan bertanyakan tentang keutamaan dalam hidup mereka, memahami motivasi dan cabaran mereka, dan apa yang mereka rasakan perkara paling penting untuk diberi fokus.

Program ini juga menggalakkan pengamal untuk mencerminkan nilai yang penting apabila bertanyakan sesuatu, mendengar dan menyokong tetapan-matlamat, daripada memberitahu apa yang patut dibuat, memberi nasihat atau memberi maklumat. Kita boleh menggunakan masa yang kita ada dengan lebih efektif untuk menyokong individu memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan mereka dengan menyokong perbualan yang mengambil masa untuk mendengar, mempelajari dan menerokai dunia mereka, dan menggunakan pemahaman yang dikongsi ini untuk merancang langkah pertama terhadap perubahan tingkah-laku. Di bawah adalah beberapa tip praktikal daripada Kemahiranberkomunikasi yang sihat yang anda boleh gunakan pada hari ini.

Saranan Praktikal

  1. Tanya soalan terbuka. Soalan-soalan ini biasanya bermula dengan “Apa” atau “Bagaimana”, dan menjemput seseorang untuk mencerminkan kembali isu mereka, halangan, penyelesaian dan langkah-langkah pertama untuk berubah. Sebagai contoh, “Apa yang ingin anda ubah? Apa yang menghalang anda untuk membuat perubahan tersebut? Bagaimana anda boleh mengatasinya? Apakah langkah pertama yang bagus buat anda?” Dengan bertanyakan soalan-soalan ini anda boleh mengetahui lebih banyak tentang seseorang dan menyokong mereka untuk mengenalpasti kemahiran dan sumber yang mereka perlukan untuk berubah.
  1. Elak daripada memberi nasihat atau memberitahu apa yang perlu dibuat. Memberi nasihat menunjukkan kita menganggap bahawa mereka tidak tahu langsung tentang apa yang dimaklumkan kepada mereka mengenai kepentingan tingkah-laku gaya hidup yang sihat. Ini boleh menyebabkan seseorang itu merasa tidak yakin dan tidak perkasa jika individu tersebut merasakan beliau tidak berupaya untuk berubah.
  2. Dengar dan menerima kesunyian. Sesetengah orang memerlukan masa untuk berfikir, jadi apabila anda telah bertanyakan soalan, jangan tergesa untuk mengisi kesunyian tersebut. Sebaliknya, berikan mereka ruang untuk memikirkan jawapan mereka, dan lihat kesunyian sebagai waktu untuk berfikir. Dengan memberikan peluang kepada mereka untuk mengatakan apa di dalam fikiran mereka boleh membawa manfaat. Ia mungkin kali pertama mereka didengari, yang mana mereka boleh merasa disokong dan diperkasa. Mendengar juga menunjukkan bahawa anda menghargai pandangan mereka, dan anda boleh mengenali mereka dengan lebih lanjut, yang membolehkan anda untuk membantu mereka.
  3. Sokong tetapan-matlamat yang SMART (Specific, Measurable, Actionable, Realistic, Timed, Evaluated and Reviewed). Orang ramai sering menetapkan matlamat untuk diri sendiri dengan rancangan yang terhad tentang bagaimana mereka ingin mencapainya. Kita berkata, “matlamat tanpa perancangan adalah angan-angan”! Jika anda cuba dan gagal, anda selalunya akan berputus asa. Jika anda cuba mencapai sesuatu yang kecil dan berjaya, anda berkemungkinan akan meneruskannya. Selepas seseorang mengenalpasti perubahan yang ingin mereka lakukan, tanya soalan-soalan SMARTER ini kepada mereka:
    • Apa sebenarnya yang ingin anda lakukan?
    • Berapa kerap atau berapa lama anda ingin melakukannya?
    • Apa yang anda perlukan untuk memulakannya?
    • Berapa yakin anda boleh mencapainya, cth., pada skala 1-10?
    • Bila anda ingin mula?
    • Bagaimana anda tahu anda telah berjaya?
    • Apa yang anda akan lakukan jika anda tidak mencapai matlamat anda?
  4. Mencerminkan semula komunikasi anda dan bagaimana ia memperkasakan anda. Ambil beberapa minit untuk melihat kembali bagaimana kita berinteraksi dengan orang lain, apa yang berkesan dan apa yang tidak, adalah sesuatu yang bermanfaat. Ia membantu kita untuk mengenalpasti apa yang kita lakukan dengan baik dan di mana kita boleh perbaiki, dan memastikan kita memberikan yang terbaik setiap hari. Tanya diri anda beberapa soalan ini:
    • Bagaimana sebaiknya saya telah menyokong orang-orang tersebut untuk mengenalpasti penyelesaian isu mereka?
    • Apa yang boleh saya lakukan dengan berbeza?
    • Apa yang saya akan lakukan lain kali?

 

[Diterjemah oleh Dr Anne Jamaludin]