Bagaimana pandangan baru mengenai stres dapat menenangkan minda yang risau.

Bart Verkuil, Jabatan Psikologi Klinikal, Universiti Leiden, Belanda dan PEP Group, Noordwijk, The Netherlands.

“Bagaimana jika saya dijangkiti dan dimasukkan ke hospital?” “Bagaimana jika saya tidak dapat membayar bil saya dalam beberapa bulan?” “Apa kesan penutupan (lockdown) ini terhadap kesihatan anak-anak saya?”

Ancaman coronavirus memberi impak besar keatas kehidupan kita. Untuk menentukan langkah-langkah yang harus diambil dan untuk menganggar risiko yang kita hadapi, ahli saintis menggunakan model statistik untuk memahami penyebaran virus ini. Ini pasti dapat membantu pengawalan wabak ini. Menariknya, kita sebagai manusia secara individu kerap bertindak seperti saintis-saintis ini, tetapi dengan cara yang lebih automatik; minda manusia boleh dianggap sebagai ‘mesin ramalan’, sentiasa mengira sama ada kita pada masa ini berisiko dijangkiti, kehilangan pekerjaan ataupun dikritik. Namun, terdapat perbezaan besar bagaimana orang menganggarkan risiko ini dan bagi sesetengah orang anggaran ini meningkat sehingga menjadi kebimbangan yang merisaukan.

Apakah yang membuat sebilangan orang lebih mudah bimbang berbanding dengan orang lain? Menariknya, pandangan terbaru dari teori evolusi menunjukkan bahawa tekanan dan kebimbangan sebenarnya sangat biasa dan logik – bahkan ‘lazim’ – tindak balas terhadap ancaman. Semasa membuat ramalan tentang masa depan, kita semua lebih cenderung untuk Itu kerana, pada zaman dahulu, hanya orang yang berhati-hati ketika berhadapan dengan tanda-tanda ancaman yang dapat bertahan dan selamat. Orang yang berhati-hati ini meneruskan gen mereka ke generasi seterusnya. Oleh itu, menurut Teori Tekanan Ketidakamanan Umum (Generalized Unsafety Theory of Stress – GUTS) yang diusulkan baru-baru ini, persoalannya tidak seharusnya “mengapa orang bimbang?” tetapi: “mengapa beberapa orang tidak dapat mematikan tindak balas logik ini terhadap ancaman dan ketidakpastian?”.

Jawapannya nampaknya terletak pada kemampuan untuk mengenali isyarat keselamatan. Hanya apabila orang melihat tanda-tanda yang jelas bahawa mereka selamat, fikiran yang membimbangkan itu tadi akan dimatikan. Dalam ramalan kami mengenai risiko yang mungkin kami hadapi di dunia, kami menilai isyarat bahaya dan keselamatan, tetapi isyarat keselamatan telah diabaikan oleh model-model stres sebelum ini. Berdasarkan hal ini, GUTS mencadangkan bahawa persepsi keselamatan yang memungkinkan orang untuk mematikan kebimbangan mereka. Apabila keselamatan tidak dirasakan, orang akan terus bimbang. Kajian neurobiologi memang menunjukkan bahawa apabila keselamatan dirasakan, korteks prefrontal mula menghalang tindak balas stres. Dari perspektif ini, doktor perlu mengambil kira jumlah keselamatan yang dialami pesakit ketika menjalani kehidupan seharian. GUTS mencadangkan bahawa terdapat beberapa sumber keselamatan.

Jumlah “merasa selamat” pertama kali ditentukan oleh sejarah pembelajaran seseorang. Ketika membesar di persekitaran yang aman, orang secara beransur-ansur mengetahui dan mempelajari bahawa dunia mereka adalah tempat yang selamat, yang dapat diramalkan dan dapat dikendalikan (sekurang-kurangnya sampai batas tertentu). Mereka belajar untuk menjalin hubungan dekat dengan orang lain, mengetahui bahawa orang lain boleh menjadi penyayang, aman dan ramah. Walau bagaimanapun, tidak semua orang membesar di persekitaran yang selamat. Pengalaman yang tertekan dan stres semasa kecil akan mempengaruhi perasaan keselamatan seseorang di dunia dan akan membuat orang merasa bimbang di kemudian hari.

Tetapi ada sumber keselamatan lain juga. Sebagai contoh, keselamatan boleh datang dari mengalami rangkaian sosial yang menyokong. Manusia berkembang hidup secara berkumpulan. Dan system stres kita menjadi lebih kuat apabila kita bersahabat dengan orang lain, berbanding ketika kita bersendirian. Pelukan yang baik juga telah ditunjukkan untuk mengurangkan tindak balas stres kita.

Satu lagi sumber keselamatan datang dari badan kita sendiri: kecergasan fizikal. Maksudnya, orang yang lebih aktif menunjukkan daya ketahanan terhadap stres. Orang yang aktif mungkin merasa lebih selamat, kerana mereka lebih mudah menangani ancaman fizikal. Seseorang dapat membayangkan bahawa pada zaman dahulu, individu yang kurang sihat secara fizikal perlu mengimbas persekitaran mereka untuk ancaman dari pemangsa dengan lebih kerap daripada rakan mereka yang cergas dan sihat, yang lebih mudah lari dari pemangsa.

Sumber keselamatan terakhir adalah mempunyai akses ke alam semulajadi. Kita sebagai manusia berevolusi di persekitaran semula jadi (bukannya di kawasan bandar). Persekitaran semulajadi seperti itu secara evolusi dapat memberikan isyarat keselamatan (tempat persembunyian, tempat mencari, maklumat mengenai jalan keluar).

Jaringan sosial, aktiviti fizikal, pendedahan kepada alam… .itulah sumber-sumber keselamatan yang telah dikompromikan kerana penutupan (lockdown) di mana-mana tempat di dunia.

Sebagai salah seorang saintis GUTS dan ahli psikologi yang bekerja dalam amalan klinikal, saya dapat menyatakan bahawa pandangan ini telah mengubah pendekatan saya dalam merawat pesakit mengatasi kerisauan. Selain campur tangan kognitif-tingkah laku biasa seperti menuliskan kerisauan dan mencari bukti mengenai rasionalnya, atau melakukan latihan kesedaran atau relaksasi, GUTS turut menekankan beberapa cara menarik yang lain untuk mengatasi kebimbangan.

Cadangan Praktikal

  • Mengakui dan menormalkan kebimbangan sebagai tindak balas umum terhadap benda baru, ketidakpastian, dan ancaman. Tekankan lebih dari sisi menormalkan kebimbangan, berbanding membina patologi. Mencuba untuk mengatasi kebimbangan (dengan semua jenis pembaikan cepat) hanya akan memburukkan lagi keadaan.
  • Luangkan masa untuk memahami latar belakang seseorang mengenai keselamatan. Adakah pesakit dapat mempelajari mengenai keselamatan ketika membesar? Ini menentukan kadar dengan mana anda dapat menjangkakan perubahan akan berlaku. Ada orang yang lebih terdedah kepada kebimbangan, kerana pengalamannya, atau kerana mereka lahir dengan keadaan lebih sensitif terhadap emosi. Pertimbangkan kerentanan ini untuk mengelakkan kekecewaan pesakit.
  • Jangan lupa tentang badan: aktiviti fizikal yang teratur dapat membantu pesakit untuk mengalami minda yang lebih santai, juga dalam jangka masa panjang. Sebaiknya aktiviti ini dilakukan di luar, dengan banyak persekitaran hijau.
  • Memotivasi pesakit untuk bersikap terbuka tentang kebimbangan mereka. Orang yang sering bimbang mungkin merasa kesepian dan malu. Tetapi ketika anda memotivasi mereka untuk berbicara tentang kebimbangan mereka dengan orang lain, hal itu tidak hanya dapat menghasilkan lebih banyak sokongan, tetapi juga dapat melihat bagaimana ramalan mereka yang mengancam (“dia akan mentertawakan saya untuk ini”) dapat berubah menjadi pengalaman mempelajari keselamatan (“dia sebenarnya benar-benar baik dan telah membantu saya ”).
  • Jelaskan bahawa kebimbangan itu kadang-kadang dapat membantu seseorang untuk merasa terkawal (“Saya mesti melakukan sesuatu … sekurang-kurangnya bimbang mengenainya”), tetapi ini adalah perasaan keselamatan yang palsu. Bantu orang untuk menyedari bahawa walaupun ia menyakitkan, ada perkara yang di luar kawalan kita dan yang penting adalah mempraktikkan penerimaan dan perasaan belas kasihan.

[translated by]

Diterjemahkan oleh

Darlina Hani Fadil Azim