Rik Crutzen, Maastricht University, The Netherlands
Pada masa kini, semua orang menggunakan Internet sepanjang masa untuk pelbagai aktiviti: dari membeli barangan runcit sehinggalah berkongsi gambar kucing yang melucukan dengan rakan yang berada di negara lain. Semuanya boleh. Ianya semakin banyak digunakan termasuklah dari segi kesihatan yang dirujuk sebagai e-kesihatan.
Apa itu e-kesihatan?
‘E-health’ refers to health services and information delivered or enhanced through the Internet and related technologies. Within health psychology,e-health targets a wide range of lifestyle behaviours like, for example, being more physically active or quitting smoking. Based that has been around since the turn of the century, we can conclude that these Internet-delivered interventions can be effective. It is important, however, that the development process of these interventions is guided by available theory- and evidence.
Apakah e-kesihatan?
‘E-kesihatan’ (‘E-health’) merujuk kepada perkhidmatan kesihatan dan maklumat yang disampaikan melalui teknologi Internet. Dalam bidang psikologi kesihatan, e-kesihatan mensasarkan perubahan gaya hidup kepada yang lebih sihat seperti menjadi lebih aktif atau berhenti merokok. Berdasarkan penulisan yang dihasilkan sejak abad ini (on an overview of the literature), kita dapat menyimpulkan bahawa intervensi melalui Internet boleh menjadi sangat berkesan. Walau bagaimanapun, adalah sangat penting untuk intervensi ini berdasarkan bukti dan teori yang sedia ada (available theory- and evidence).
Kelebihan intervensi melalui Internet
Teknologi Internet memberikan banyak kelebihan kepada penggunanya. Sebagai contoh, orang mungkin berasa lebih selesa untuk berurusan di alam maya kerana lebih mudah untuk tidak dikenali (anonymous) berbanding dengan cara bersemuka. Internet akan sangat membantu dalam situasi-situasi yang mungkin melibatkan rasa malu (contohnya cara penggunaan kondom, atau pengambilan alkohol). Di samping itu, intervensi melalui internet dapat menggunakan navigasi satelit GPS untuk memberikan maklumat tepat dan cepat mengenai lokasi pilihan nutrisi yang sihat. Bagaimanapun, kedua-dua contoh ini harus dilihat sebagai kemungkinan dan tidak semestinya sesuai untuk semua jenis intervensi internet. Ia hanyalah sesuai jika kemudahan untuk tidak dikenali atau kekurangan pilihan nutrisi yang sihat menyumbang kepada orang berkelakuan tidak sihat. Dengan kata lain, ciri-ciri medium dan peluang yang ditawarkan oleh Internet harus dilihat hanya sebagai panduan dan bukannya sebagai penyelesaian segala-galanya.
Siasatan terhadap Intervensi Internet
Satu kelebihan untuk semua intervensi yang disampaikan melalui internet ialah mereka memberi peluang untuk menyiasat penggunaan intervensi: contohnya, mereka memberi maklumat mendalam mengenai bila pengguna akan samada meninggalkan laman web intervensi itu ataupun berhenti menggunakannya. Ini boleh digunakan untuk menyesuaikan intervensi untuk memenuhi keperluan pengguna dan meningkatkan pendedahan dan kebarangkalian hasil intervensi yang positif. Selain itu, ia memberikan gambaran tentang betapa intensif pengunjung menggunakan intervensi itu (misalnya kekerapan dan tempoh) dan apa yang mereka minat (misalnya topik).
Kesimpulannya
Intervensi e-kesihatan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menawarkan peluang yang sangat berguna dalam bidang psikologi kesihatan. Walau bagaimanapun, ia bukanlah sesuai untuk semua keadaan. Perubahan kelakuan adalah satu proses yang kompleks dan kita harus bergantung kepada semua teori dan bukti yang sedia ada untuk meningkatkan keberkesanan intervensi – baik di dalam talian dan di luar talian.
Cadangan:
- E-Kesihatan boleh digunakan sebagai alat untuk mengubah tingkah laku. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk membangunkan intervensi internet yang disampaikan secara sistematik, seperti semua jenis intervensi untuk perubahan tingkah laku;
- Manfaatkan penggunaan e-kesihatan: ciri-ciri medium dan peluang yang ditawarkannya hendaklah digunakan dengan sebab; sentiasa berfikir tentang mengapa anda ingin menggunakan media tersebut/ serta peluang yang ditawarkannya.
- Jika anda menggunakan e-kesihatan, pantau penggunaan intervensi itu. Ini dapat membantu anda untuk mendapatkan gambaran keseluruhan bagaimana ia digunakan dan pada masa yang sama, ia dapat digunakan untuk meningkatkan tahap intervensi anda.
Diterjemahkan oleh: Dr Sangeeta Kaur