Apa terjadi pada ubat-ubatan apabila dibawa pulang?

Oleh Kerry Chamberlain, Universiti Massey, Auckland, New Zealand

Apa yang selalu dilakukan pada ubat-ubatan apabila dibawa pulang? Agak memeranjatkan, apabila tidak banyak penyelidikan telah dibuat untuk menjawab soalan tersebut. Namun, ia adalah penting – kebanyakan ubat-ubatan diambil ketika di rumah di bawah kawalan pengguna. Ubat-ubatan preskripsi dikawal, tetapi apabila dipreskripsikan dan diambil, ia patut dimakan mengikut arahan. Orang ramai juga mempunyai akses dan boleh mengambil pelbagai ubat-ubatan di atas kaunter (cth. untuk mengurangkan kesakitan), ubat-ubatan alternatif (cth. persediaan homeopatik), dan lain-lain persediaan kesihatan yang bukannya ubat-ubatan (cth. supplemen diet, minuman probiotik). Tetapi, kita patut mengambil perhatian bahawa akses kepada semua bentuk ubat-ubatan boleh menjadi sangat berbeza antara negara.

Semua jenis ubat-ubatan adalah objek sosial yang kompleks dan adalah satu kesalahan untuk mempertimbangkannya hanya sebagai teknologi perubatan, berkesan untuk merawat atau memberikan perawatan paliatif apabila diambil seperti dinasihatkan. Ubat-ubatan mempunyai keberkesanan maklumbalas-dos yang pelbagai. Sesetengah (cth., paracetamol) mempunyai indeks terapeutik yang luas (cth. yang boleh tertoleran melintang julat dos yang luas), manakala yang lain (cth., levothyroxine), mempunyai indeks terapeutik yang sempit (cth.,perubahan kecil dalam dos mungkin akan membawa kepada kegagalan terapeutik serius dan/atau tindakbalas kesan buruk). Juga, semua ubat-ubatan mempunyai kesan buruk, sesetengahnya kecil dan tidak disedari oleh kebanyakan pengguna, lain-lain adalah lebih besar dan berpotensi boleh menjadi serius. Manakala sesetengah ubat-ubatan mempunyai kesan yang pelbagai, dan toleransi terhadap ubat-ubatan juga berbeza mengikut individu, dan toleransi juga boleh berubah sepanjang masa dengan pengambilan ubat yang berulang.

 

Kami mempunyai bukti-bukti kukuh yang menunjukkan bahawa hanya setengah ubat-ubatan preskripsi diambil mengikut arahan. Ini berlaku kerana pelbagai sebab, termasuk pengalaman kesan buruk, kebimbangan terhadap kebergantungan, kepercayaan tentang penyakit, ubat-ubatan dan rawatan.

 

Oleh itu, adalah penting untuk memahami bagaimana orang biasa memahami ubat-ubatan dalam kehidupan seharian mereka. Kami telah melakukan kajian terhadap 55 isi rumah yang telah dipilih daripada empat bandar seluruh New Zealand. Kami tidak berminat dengan pematuhan mereka terhadap ubat-ubatan, tetapi kami meminta mereka untuk berbincang tentang amalan pengambilan ubat-ubatan, untuk memetakan di mana mereka menyimpan ubat-ubatan di rumah, dan untuk menunjukkan dan berbincang tentang semua ubat-ubatan yang terdapat dalam rumah mereka.

 

Antara beberapa hasil keputusan daripada kajian ini adalah:

 

  • Pelbagai jenis ubat-ubatan – preskripsi, di atas kaunter, dan alternatif – banyak didapati di semua rumah, dan diedarkan dalam rumah. Tempat disimpan adalah teratur, dan kepentingan untuk kegunaan, dengan ubat-ubatan yang dikongsi disimpan di tengah-tengah rumah (dapur dan ruang tamu), ubat-ubatan individu disimpan di tempat yang lebih peribadi (bilik tidur, bilik air), dan ubat-ubatan lama disimpan tempat lain (almari dan loteng). Tempat peletakan ubat-ubatan ini mencerminkan hubungan kekeluargaan dan amalan penjagaan dalam rumahtangga.
  • Kebanyakan orang memahami dan menggunakan ubat-ubatan secara berbeza, daripada memberi tentangan untuk menggunakannya sehinggalah ke pelbagai cara untuk mematuhi, mengubah, atau memanjangkan penggunaannya, bergantung kepada jenis ubat dan penyakit yang terlibat.
    • Sebagai contoh, sesetengahnya amat khusus tentang pengambilan antibiotik: “Saya tidak suka mengambil antibiotik… antibiotik patut disimpan untuk kecemasan”.
    • Lain-lain yang mengambil ubat-ubatan psikotropik mengurangkan pengambilannya kerana kesan buruk dan kebergantungan: “Saya ingin berfungsi sebagai seorang ahli masyarakat yang berfungsi..untuk menjadi sihat saya terpaksa berhenti mengambil ubat-ubatan”.
    • Mereka yang menggunakan ubat-ubatan alternatif seringkali menolak ubat-ubatan allopathic sepenuhnya: “Saya lebih rela mencuba atau menunggu ia baik sendiri atau, guna alternatif lain daripada mengambil ubat”.
    • Lain-lain dos yang diubah suai mengikut simptom: “Saya diberikan preskripsi dos yang lebih tinggi tetapi saya memilih untuk cuba dan kekalkannya pada dos serendah yang mungkin”.
  • Amalan perubatan harian ini dikawal oleh pemahaman orang ramai tentang nilai dan tempat ubat-ubatan dalam masyarakat. Ubat-ubatan boleh menyebabkan penyakit seperti ketakutan atau kerisauan yang meningkat di kalangan pengguna apabila pemasaran ubat dan kisah-kisah di media membangkitkan sesuatu yang ‘bukan semulajadi’ dan di luar kawalan. Namun begitu, ubat-ubatan juga boleh menghasilkan sesuatu yang teratur, apabila difahami sebagai memberikan ‘keseimbangan’, dan mengembalikan aturan dan kawalan. Ubat-ubatan juga membangkitkan isu moral, apabila dipandang sebagai ‘satu kejahatan yang diperlukan’ yang memerlukan kewaspadaan peribadi dalam penggunaannya, atau apabila dimakan ia dipandang sebagai seseorang yang sakit yang ‘telah gagal secara moral’ atau badan yang gagal berfungsi telah distigma, iaitu mencipta identiti yang perlu diuruskan.

 

Daripada melihat amalan ubat-ubatan sebagai sesuatu yang tidak rasional atau salah maklumat, kami berdebat mengatakan mereka mempunyai logik mereka sendiri, diberikan maklumat oleh ‘farmakologi biasa’ di mana perspektif pesakit terhadap ubat-ubatan terletak pada kedua-dua keadaan di mana ubat-ubatan diberikan dan juga naratif kesihatan peribadi mereka. Keupayaan farmakologi biasa ini mempengaruhi dan mengubah amalan pengambilan ubat-ubatan dalam rumah dengan cara yang telah dikenalpasti di atas, dan memberikan perspektif yang hilang dalam kebanyakan pendekatan untuk memahami pengambilan ubat-ubatan. Ubat-ubatan di rumah mempunyai kehidupan sosialnya yang tersendiri.

 

Saranan

  • Pengamal psikologi kesihatan patut memahami bahawa pengambilan ubat-ubatan adalah satu amalan sosial dan pendekatannya sedemikian, daripada melihatnya semata-mata dari perspektif pematuhan bioperubatan.
  • Penggunaan ubat-ubatan boleh difahami dengan lebih baik bila dilihat dari segi tempat ia diamalkan, dan terutama sekali dalam amalan domestik yang temporal dan spatial yang terpupuk dalam kehidupan seharian di rumah. Pengamal psikologi kesihatan yang berusaha untuk membantu dalam pengambilan ubat perlu membincangkan dan mendedahkan amalan ini dan memberikan nasihat yang berkaitan dengan dinamik sosial dan kontekstual yang mempengaruhi penggunaan ubat-ubatan setiap hari untuk pesakit.
  • Pengamal psikologi kesihatan patut berbincang tentang penggunaan ubat-ubatan secara terbuka dengan pesakit dan cuba mencari cadangan untuk digunakan dalam pemahaman pesakit tentang penyakit mereka, bagaimana mereka melihat dan nilai ubat-ubatan, dan bagaimana amalan pengambilan ubat dapat diterapkan ke dalam kehidupan seharian mereka.

 

Diterjemahkan oleh Dr Anne Jamaludin

 

Join Our Blog

Signup today to get notified when new relevant blog posts are published.

And don’t worry, we hate spam too! You can unsubscribe at anytime.