{"id":3001,"date":"2023-10-17T08:59:27","date_gmt":"2023-10-17T08:59:27","guid":{"rendered":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/?p=3001"},"modified":"2025-11-04T09:16:11","modified_gmt":"2025-11-04T09:16:11","slug":"acceptance-and-commitment-therapy-a-promising-approach-for-those-living-with-long-covid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/2023\/10\/acceptance-and-commitment-therapy-a-promising-approach-for-those-living-with-long-covid\/","title":{"rendered":"<strong><em>Acceptance and Commitment Therapy (ACT):<\/em> Pendekatan yang menggalakkan untuk mereka yang hidup dengan \u2018Long COVID\u2019 atau sindrom post covid<\/strong>"},"content":{"rendered":"<p><strong>Oleh Amy Barradell, University Hospitals of Leicester NHS Trust<\/strong><\/p>\n<p><strong>Jika saya katakan kepada anda, Long Covid, apakah ertinya bagi anda?<\/strong><\/p>\n<p>Sekumpulan kecil orang yang dijangkiti Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), mengalami gejala yang melemahkan selama lebih daripada 4 minggu berikutan jangkitan akut mereka. Mereka biasanya melaporkan simptom fizikal (cth., sesak nafas, keletihan) dan psikologi (cth., kebimbangan, gangguan kognitif). Mereka yang mengalami <a href=\"https:\/\/www.thelancet.com\/journals\/lanres\/article\/PIIS2213-2600(21)00383-0\/fulltext\">gejala<\/a> ini memanggilnya &#8216;Long COVID&#8217; atau sindrom <em>post Covid<\/em>.<\/p>\n<p><!--more--><\/p>\n<p><strong>Dalam pengalaman saya\u2026<\/strong><\/p>\n<p>Bekerja di klinik Long COVID telah menunjukkan kepada saya bahawa orang ramai bergelut untuk menerima simptom baharu mereka (dan akibat simptom mereka) yang meletakkan halangan dalam strategi pengurusan diri mereka. Mereka memberi tumpuan kepada perkara yang mereka boleh lakukan sebelum Long COVID dan bagaimana kehidupan mereka telah berubah menjadi lebih teruk sejak diagnosis mereka. Ini menunjukkan pengelakan pengalaman (iaitu, percubaan atau keinginan untuk menyekat pengalaman dalaman yang tidak diingini, seperti emosi, pemikiran, ingatan dan sensasi badan) dan kecenderungan untuk orang ramai menumpukan perhatian kepada bentuk simptom dan bukannya fungsi simptom (iaitu, petanda badan untuk mengubah tingkah laku seseorang). Ia menunjukkan orang ramai tidak terbuka kepada pengalaman ini dan menjauhkan diri daripada hidup dalam \u2018saat ini\u2019 (<em>present moment<\/em>).<\/p>\n<p>Selain itu, <a href=\"https:\/\/www.medrxiv.org\/content\/10.1101\/2021.03.22.21254057v2\">lebih daripada 25% orang<\/a> yang dimasukkan ke hospital dengan COVID-19 mengalami gejala kemurungan yang berterusan 6 bulan selepas mereka keluar dari hospital. Memandangkan kemurungan dikaitkan dengan <a href=\"https:\/\/www.mindwell-leeds.org.uk\/myself\/exploring-your-mental-health\/depression\/what-keeps-depression-going\/\">pengelakan aktiviti<\/a> (iaitu, memilih untuk tidak menyertai sesuatu situasi), ini menunjukkan bahawa orang mungkin tidak terlibat dalam tindakan yang bermakna.<\/p>\n<h2><\/h2>\n<p><strong>Peranan fleksibiliti psikologi dalam Long COVID<\/strong><\/p>\n<p>Fleksibiliti psikologi ialah mekanisme tindakan untuk <a href=\"https:\/\/www.ijpsy.com\/volumen10\/num1\/256.html\"><em>Acceptance and Commitment Therapy<\/em><\/a><em> (ACT). <\/em>Ia melibatkan tiga prinsip terapi: (1) menggalakkan keterbukaan terhadap pengalaman, (2) mempunyai kesedaran tentang \u2018saat ini\u2019, dan (3) melibatkan diri dalam tindakan yang bermakna. Seperti yang diterangkan di atas, prinsip ini nampaknya tidak seimbang pada orang yang hidup dengan Long-COVID dan oleh itu menanganinya adalah penting. Oleh itu, ACT boleh digunakan untuk membantu orang ramai mengubah hubungan yang mereka miliki dengan kesusahan mereka (iaitu, mengurangkan pengelakan pengalaman mereka), membina penerimaan mereka terhadap &#8216;normal&#8217; baharu (iaitu, meningkatkan kesedaran mereka tentang saat ini) dan memotivasi dan memperkasakan mereka untuk membuat perubahan tingkah laku yang penting bagi mereka (iaitu melibatkan diri dalam tindakan yang bermakna). ACT dalam Long-COVID <a href=\"https:\/\/pubmed.ncbi.nlm.nih.gov\/34931160\/\">sudah membuat kemajuan<\/a>, peserta melaporkan kesejahteraan yang bertambah baik, masih mengalami kesusahan berkaitan COVID, tetapi berasa lebih mampu untuk mengatasi tekanan psikologi umum (seperti kebimbangan).<\/p>\n<p><strong>Menggunakan ACT di klinik Long COVID: Memperkenalkan Jo<\/strong><\/p>\n<p>Apabila saya mula-mula bertemu dengan Jo, mereka mengalami gejala berulang. Untuk mengekalkan kerahsiaan, Jo ialah perwakilan daripada pelbagai orang yang pernah bekerja dengan saya di klinik Long-COVID. Gejala yang paling melemahkan mereka adalah sesak nafas dan keletihan yang menyebabkan aktiviti harian menjadi sangat sukar. Jo takut akan gejala berulang dan membuat usaha sedar untuk mengelakkan apa-apa yang akan memburukkan mereka (iaitu, mengelak daripada pengalaman, mengelakkan \u2018saat ini\u2019 atau <em>present moment<\/em>). Mereka kurang melakukan aktiviti yang memberi mereka kegembiraan dan makna (iaitu, mengelakkan diri daripada terlibat dalam tindakan yang bermakna).<\/p>\n<p>Dalam sesi kami bersama, kami membincangkan setiap komponen ACT:<\/p>\n<ul>\n<li><strong>Defusi kognitif<\/strong> atau <em>Cognitive defusion<\/em>, (iaitu, menyedari fikiran kita dan bukannya rasa terperangkap dengan pemikiran kita dan membiarkan sahaja fikiran itu datang dan pergi dan bukannya berpegang kepada pemikiran itu) &#8211; tujuannya untuk membezakan antara pemikiran\/perasaan dan pengalaman sebenar (mereka tidak semestinya sama! )<\/li>\n<li><strong>Kesedaran dengan \u2018saat ini\u2019<\/strong> (<em>present moment awareness)<\/em> &#8211; untuk menggunakan strategi <em>mindfulness<\/em> untuk fokus pada \u2018saat ini\u2019 melalui setiap deria rasa mereka (iaitu, kesedaran saat ini).<\/li>\n<li><strong>Meneroka nilai<\/strong> &#8211; untuk mengenal pasti matlamat kehidupan yang paling penting bagi mereka.<\/li>\n<li><strong>Ambil tindakan komited<\/strong> \u2013 untuk menetapkan matlamat tingkah laku yang sejajar dengan nilai mereka.<\/li>\n<li><strong>Diri sebagai konteks<\/strong> &#8211; untuk membuat hubungan dengan &#8216;memerhati diri&#8217; mereka dan melihat pemikiran mereka dari jauh (iaitu, perspektif yang lebih tepat) tanpa terjerat dengan pemikiran mereka.<\/li>\n<li><strong>Penerimaan<\/strong> \u2013 untuk berhenti bergelut dengan perkara di luar kawalan mereka dan fokus semula pada perkara yang berada dalam kawalan mereka (iaitu, tingkah laku mereka).<\/li>\n<\/ul>\n<p>Dalam sesi kedua, Jo menetapkan sendiri dua matlamat tingkah laku yang sejajar dengan nilai terasnya. Saya menggunakan teknik temu bual motivasi (<a href=\"https:\/\/motivationalinterviewing.org\/understanding-motivational-interviewing\"><em>motivational interviewing<\/em><\/a>) untuk menyokong mereka dalam membangunkan <a href=\"https:\/\/www.mindtools.com\/a4wo118\/smart-goals\">matlamat SMART<\/a> dan <a href=\"https:\/\/www.tandfonline.com\/doi\/full\/10.1080\/10463283.2020.1808936\">rancangan jika-maka<\/a> (<em>if-then plans<\/em>) untuk meramalkan sebarang kebimbangan yang mereka ada.<\/p>\n<p>Empat minggu kemudian mereka sangat berbangga memberitahu saya bahawa mereka telah mencapai matlamat mereka. Mereka juga telah menyelitkan beberapa aktiviti kesedaran ke dalam kehidupan seharian mereka (iaitu, <em>the leaves on a stream exercise<\/em>, diari kesyukuran dan yoga 5 minit). Mereka telah mengalami peningkatan fleksibiliti psikologi (iaitu, apabila seseorang itu fleksibel dari segi psikologi, mereka akan membuat keputusan berdasarkan nilai dan kepercayaan lama mereka dan bukannya emosi jangka pendek serta-merta yang mereka alami), mengurangkan gejala kemurungan, dan keyakinan yang tinggi dalam mengurus diri di luar sesi.<\/p>\n<h2><\/h2>\n<h2><\/h2>\n<p><strong>Cadangan untuk profesional penjagaan kesihatan yang menyokong pesakit Long COVID:<\/strong><\/p>\n<ol>\n<li><strong>Jangan lupa kepentingan penilaian biopsikososial<\/strong> &#8211; benar-benar memahami kerumitan gejala Long COVID seseorang dan akibat daripada gejala ini adalah kunci untuk mengenal pasti strategi pengurusan berpusatkan pesakit. Jangan takut untuk bertanya soalan seperti: &#8220;Apakah gejala yang paling sukar untuk anda hadapi?&#8221;; \u201cApakah kesan sesak nafas\/keletihan\/pening\u2026 pada hidup anda?\u201d; \u201cApakah fikiran yang terlintas di minda anda apabila anda mengalami sesak nafas\/keletihan\/pening\u201d?<\/li>\n<li><strong>Pertimbangkan untuk mengukur fleksibiliti psikologi<\/strong> &#8211; <em>Comprehensive assessment of Acceptance and Commitment Therapy processes (<\/em><a href=\"https:\/\/www.sciencedirect.com\/science\/article\/abs\/pii\/S2212144716300229\"><em>CompACT<\/em><\/a><em>) <\/em>ialah ukuran yang cepat dan disahkan bagi fleksibiliti psikologi yang dilaporkan sendiri. Anda boleh mengenal pasti dengan cepat mana antara prinsip fleksibiliti psikologi yang perlu ditingkatkan dan merancang strategi pengurusan anda dengan sewajarnya (iaitu, jika mereka mengelak daripada terlibat dalam tindakan bermakna, terokai nilai teras mereka dan bantu mereka menetapkan matlamat SMART).<\/li>\n<li><strong>Sediakan\/bersedia untuk latihan kesedaran<\/strong> \u2013 senaman kesedaran boleh menjadi sangat berkesan dalam ACT untuk membantu orang ramai membina prinsip fleksibiliti psikologi mereka. Bergantung pada keadaan seseorang itu, anda boleh menawarkan latihan yang sesuai, berikut ialah beberapa idea:<\/li>\n<li>Defusi kognitif atau <em>Cognitive defusion<\/em> &#8211; <a href=\"https:\/\/www.youtube.com\/watch?v=r1C8hwj5LXw\"><em>Leaves on a stream<\/em><\/a><\/li>\n<li>Kesedaran dengan \u2018saat ini\u2019 \u2013 <a href=\"https:\/\/www.youtube.com\/watch?v=CBYhuhSiO8Q\">Perhatikan 5 perkara<\/a><\/li>\n<li>Diri sebagai konteks &#8211; <a href=\"https:\/\/www.youtube.com\/watch?v=nBPPr1hsbMM\"><em>The Stageshow metaphor<\/em><\/a><\/li>\n<li><strong>Ikuti perkembangan terkini dengan panduan amalan terbaik<\/strong> \u2013 Seperti banyak keadaan kesihatan, pangkalan bukti Long COVID sentiasa berkembang, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti literatur dan garis panduan amalan klinikal. Bukti ACT semakin berkembang!<\/li>\n<li><strong>Pastikan anda juga dijaga<\/strong> &#8211; Bekerja dengan orang yang menghidap Long Covid adalah mencabar jadi pastikan anda sentiasa melakukan penyeliaan atau &#8216;debrief&#8217; dengan seseorang yang anda percayai. Ini bukan sahaja membantu dalam membincangkan pesakit tertentu tetapi ia juga membantu anda untuk kekal baik secara psikologi dalam amalan anda.<\/li>\n<\/ol>\n<p>[Diterjemahkan oleh Darlina Hani Fadil Azim]<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>By Amy Barradell, University Hospitals of Leicester NHS Trust If I were to say to you, Long-Covid, what would that mean to you? A sub-set of people that contracted Coronavirus Disease 2019 (COVID-19), have continued to experience debilitating symptoms for [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":3034,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"footnotes":""},"categories":[38,58,13,36,56],"tags":[],"class_list":["post-3001","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-acceptance-and-commitment-therapy","category-covid","category-interventions","category-mental-health","category-public-health"],"translation":{"provider":"WPGlobus","version":"3.0.2","language":"my","enabled_languages":["en","id","my","bg","zh","hr","cz","da","de","es","fr","gr","he","it","ja","kr","lv","lt","hu","nl","no","pl","pt","ro","ru","sk","fi","sv","tr","uk"],"languages":{"en":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"id":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"my":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"bg":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"zh":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"hr":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"cz":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"da":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"de":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"es":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"fr":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"gr":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"he":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"it":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"ja":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"kr":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"lv":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"lt":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"hu":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"nl":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"no":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"pl":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"pt":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"ro":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"ru":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"sk":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"fi":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"sv":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"tr":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"uk":{"title":true,"content":true,"excerpt":false}}},"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3001","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3001"}],"version-history":[{"count":28,"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3001\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4545,"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3001\/revisions\/4545"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3034"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3001"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3001"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3001"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}