{"id":2510,"date":"2022-08-04T07:20:38","date_gmt":"2022-08-04T07:20:38","guid":{"rendered":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/?p=2510"},"modified":"2025-11-04T14:01:36","modified_gmt":"2025-11-04T14:01:36","slug":"make-or-break-the-importance-of-breaks-in-healthcare","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/2022\/08\/make-or-break-the-importance-of-breaks-in-healthcare\/","title":{"rendered":"\u200b\u200bKerja atau rehat: kepentingan rehat dalam penjagaan kesihatan"},"content":{"rendered":"<p><b>Oleh Julia Allan, Universiti Aberdeen, Scotland<\/b><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kehidupan moden adalah sibuk. Kita hidup dalam dunia digital yang sentiasa aktif di mana tempoh rehat sebenar dari kerja jarang berlaku. Ramai orang kerap bekerja untuk tempoh yang panjang dan ini terutamanya berlaku untuk profesional kesihatan yang bekerja di barisan hadapan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Dalam konteks penjagaan kesihatan, waktu kerja dan permintaan biasanya tinggi, syif secara rutin pada hari bekerja &#8216;biasa&#8217; melebihi 8 jam, dan permintaan kerja boleh menjadi tidak henti-henti. Jika pesakit-pesakit yang berterusan memerlukan penjagaan segera, profesional kesihatan bertanggungjawab untuk menyediakannya, tidak kira betapa sibuknya mereka, atau berapa lama mereka telah bekerja. Akibat permintaan yang tinggi ini, rehat yang tidak secukupnya adalah sangat biasa dalam tetapan penjagaan kesihatan &#8211; contohnya, dilaporkan bahawa <\/span><a href=\"https:\/\/journals.sagepub.com\/doi\/pdf\/10.1177\/216507991005801106\"><span style=\"font-weight: 400;\">1 dalam 10 jururawat tidak pernah berehat dengan betul dan 1 dalam 3 jarang atau tidak pernah mengambil rehat makan semasa syif<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">.<\/span><\/p>\n<p><!--more--><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Waktu rehat yang tidak diambil mempunyai pelbagai akibat negatif &#8211; daripada ketidakselesaan praktikal kerana tidak dapat pergi ke tandas dan <\/span><a href=\"https:\/\/opus.lib.uts.edu.au\/bitstream\/10453\/113597\/4\/Barriers%20and%20facilitators%20to%20healthy%20eating%20for%20nurses%20in%20the%20workplace%202016.pdf\"><span style=\"font-weight: 400;\">kekurangan peluang untuk makan secara sihat<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> kepada perasaan <\/span><a href=\"https:\/\/bmcnurs.biomedcentral.com\/articles\/10.1186\/s12912-020-00481-3\"><span style=\"font-weight: 400;\">kemurungan dan ketidakpuasan hati<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> serta perubahan kognitif yang boleh dihasilkan oleh tempoh kerja yang panjang dengan rehat yang tidak mencukupi.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Perubahan kognitif yang berlaku apabila bekerja untuk tempoh yang panjang tanpa rehat adalah salah satu hujah utama yang menyokong rehat berkala. Kita semua sudah biasa dengan pengalaman berasa penat dan letih di penghujung hari bekerja yang panjang, bergelut untuk membuat keputusan atau tidak dapat menumpukan perhatian pada tugas di hadapan kita. Penurunan prestasi kognitif ini adalah sesuatu yang semula jadi, dan mencerminkan fakta bahawa kognisi manusia tidak direka untuk memberi tumpuan secara berterusan pada tugas yang sama untuk jangka masa yang panjang. Malah, dari segi kognitif, keletihan adalah <\/span><a href=\"https:\/\/books.google.co.uk\/books?id=oQBeAwAAQBAJ&amp;dq=robert+hockey+mental+fatigue&amp;lr=\"><span style=\"font-weight: 400;\">isyarat penyesuaian<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> &#8211; tanda bahawa kita telah menghabiskan terlalu lama &#8216;untuk tugas&#8217; dan perlu berehat sebelum kesilapan mula dilakukan.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Lebih seabad yang lalu, kesan negatif bekerja secara berterusan tanpa rehat adalah jelas. Dalam salah satu contoh yang paling heroik, <\/span><a href=\"https:\/\/www.apadivisions.org\/division-35\/about\/heritage\/tsuruko-haraguchi-biography\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tsuro Arai<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">, wanita Jepun pertama yang memperoleh PhD, memaksa dirinya untuk menyelesaikan tugas kerja yang memerlukan penumpuan (menyelesaikan masalah pendaraban kompleks) secara berterusan selama 12 jam selama beberapa hari berturut-turut tanpa rehat. Tidak mengejutkan, apabila masa tugas meningkat, prestasinya menjadi lebih perlahan dan kurang tepat; menunjukkan secara empirik buat kali pertama bahawa prestasi kognitif yang optimum tidak dapat dikekalkan dalam tempoh 12 jam tanpa rehat. Walaupun begitu, pekerja penjagaan kesihatan moden sering menghabiskan tempoh seperti ini bekerja tanpa rehat yang mencukupi. <\/span><a href=\"https:\/\/pubmed.ncbi.nlm.nih.gov\/15318582\/\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kajian ke atas kira-kira 400 jururawat yang bekerja lebih 5,000 syif<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> menunjukkan bahawa selaras dengan eksperimen Arai, jururawat yang bekerja lebih daripada 12 jam pada satu masa (kira-kira 40% daripada syif sampel) membuat lebih banyak kesilapan.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain dari kesilapan yang berkaitan dengan kehilangan perhatian dan ingatan, terdapat bukti yang semakin meningkat yang menunjukkan bahawa membuat keputusan berubah secara dijangka dalam tempoh kerja yang panjang &#8211; fenomena yang dirujuk sebagai &#8216;keletihan membuat keputusan&#8217;. Apabila orang membuat lebih banyak keputusan berturut-turut tanpa rehat, mereka mula beralih secara progresif ke arah keputusan yang dalam beberapa cara secara kognitif lebih mudah (cth., mengikut pilihan lalai, menyerahkan keputusan kepada orang lain atau menggunakan peraturan praktikal atau jalan pintas). Dalam penjagaan kesihatan, kami melihat bukti yang jelas mengenai perkara ini mengenai syif bekerja. Sebagai contoh, <\/span><a href=\"https:\/\/jamanetwork.com\/journals\/jamainternalmedicine\/fullarticle\/1910546\"><span style=\"font-weight: 400;\">pengamal perubatan am (GP) lebih cenderung untuk memberi preskripsi antibiotik yang tidak diperlukan<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> menjelang akhir klinik dan <\/span><a href=\"https:\/\/psycnet.apa.org\/record\/2019-15022-005\"><span style=\"font-weight: 400;\">jururawat semakin berkemungkinan untuk merujuk pesakit kepada profesional penjagaan kesihatan lain<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> apabila tempoh sejak rehat terakhir meningkat. Contoh terakhir menimbulkan satu perkara penting. Secara kognitif, bukan jumlah keseluruhan kerja yang menjadi masalah &#8211; tetapi jumlah kerja yang disiapkan tanpa rehat. Dalam erti kata lain, masa dan adanya (atau ketiadaan) rehat dalam tempoh kerja, bukannya beban kerja keseluruhan yang penting dalam mengekalkan fungsi kognitif yang optimum dari semasa ke semasa.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Memastikan kakitangan penjagaan kesihatan mengambil rehat dalam perkhidmatan kesihatan yang sibuk sudah tentu lebih mudah diucapkan daripada dilakukan. Tetapi di sini, buktinya jelas: sebarang rehat adalah lebih baik daripada tiada langsng dan rehat tetap harus dianggap sebagai bahagian penting dan tidak boleh dirundingkan pada hari bekerja. Walaupun tidak ada masa untuk berehat dengan betul, bukti menunjukkan bahawa mengambil beberapa minit untuk meninggalkan tugas anda, meregangkan dan mengambil nafas yang panjang dan dalam (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">deep breathing)<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> adalah bermanfaat. &#8216;<\/span><a href=\"https:\/\/www.bbc.com\/worklife\/article\/20190312-the-tiny-breaks-that-ease-your-body-and-reboot-your-brain\"><i><span style=\"font-weight: 400;\">Microbreaks<\/span><\/i><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">&#8216;, tempoh rehat beberapa minit, nampaknya sudah mencukupi semasa aktiviti yang mencabar untuk mengurangkan beberapa kesan negatif daripada tempoh kerja yang panjang tanpa putus. Kajian menunjukkan, sebagai contoh bahawa pakar bedah yang mengambil <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">microbreak<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> secara tetap dan ringkas semasa pembedahan (dari 90 saat hingga 5 minit) melaporkan; <\/span><a href=\"https:\/\/pubmed.ncbi.nlm.nih.gov\/28059962\/\"><span style=\"font-weight: 400;\">prestasi fizikal dan mental yang lebih baik<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">, <\/span><a href=\"https:\/\/pubmed.ncbi.nlm.nih.gov\/20835716\/\"><span style=\"font-weight: 400;\">mengurangkan tekanan, dan lebih sedikit kejadian yng tidak diingini semasa pembedahan<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">. Yang penting, pembedahan yang termasuk <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">microbreak<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> ini tidak mengambil masa lebih lama daripada pembedahan standard, menunjukkan bahawa rehat itu &#8216;berfaedah untuk diri mereka sendiri&#8217; dengan mengatasi pengurangan kelajuan dan kecekapan biasa dari semasa ke semasa.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pendek kata, rehat adalah bahagian penting dalam hari bekerja untuk pekerja penjagaan kesihatan (dan pekerja yang lain!).<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Cadangan Praktikal<\/b><\/p>\n<p><b>\u00a0<\/b><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Utamakan waktu rehat<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> &#8211; menghabiskan masa yang lama untuk sesuatu &#8216;tugasan&#8217; adalah tidak produktif. Ia mengubah kebolehan membuat keputusan anda, menjadikan anda lebih perlahan dan lebih terdedah kepada kesilapan dan boleh mengurangkan penglibatan anda dalam tingkah laku yang menjadikan anda sihat.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Jika anda tidak boleh berehat sepenuhnya, sekurang-kurangnya berhenti seketika:<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> berdiri atau jauhkan diri dari apa yang anda sedanga lakukan, lakukan regangan dan tarik nafas dalam-dalam. Bukti menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 30 saat berehat boleh membantu mengurangkan kesan kognitif kerja berterusan.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Pelbagaikan tugasan anda sepanjang hari.<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> Tumpukan pada satu tugasan untuk tempoh yang ditetapkan dan kemudian (melainkan anda &#8220;<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">dalam zon<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">&#8220;) beralih kepada melakukan sesuatu yang lain. Dalam banyak cara, secara kognitif, perubahan adalah sama baiknya dengan rehat.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Galakkan orang lain untuk berehat<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> dan menstrukturkan perkhidmatan dan tugas kerja yang anda kawal dengan cara yang membolehkan pekerja berehat secara tetap. Ia semakin penting dalam masyarakat moden untuk secara proaktif menjadualkan tempoh rehat di dalam hari bekerja.<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Translated by Darlina Hani Fadil Azim<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>By Julia Allan, Aberdeen University, Scotland Modern life is hectic. We live in an increasingly \u2018switched on\u2019 digital world where periods of true respite from work are rare. Many people regularly work for lengthy periods and this is particularly the [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2519,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"footnotes":""},"categories":[24,35],"tags":[],"class_list":["post-2510","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-self-regulation","category-stress-and-coping"],"translation":{"provider":"WPGlobus","version":"3.0.2","language":"my","enabled_languages":["en","id","my","bg","zh","hr","cz","da","de","es","fr","gr","he","it","ja","kr","lv","lt","hu","nl","no","pl","pt","ro","ru","sk","fi","sv","tr","uk"],"languages":{"en":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"id":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"my":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"bg":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"zh":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"hr":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"cz":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"da":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"de":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"es":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"fr":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"gr":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"he":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"it":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"ja":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"kr":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"lv":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"lt":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"hu":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"nl":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"no":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"pl":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"pt":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"ro":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"ru":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"sk":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"fi":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"sv":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"tr":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"uk":{"title":true,"content":true,"excerpt":false}}},"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2510","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2510"}],"version-history":[{"count":16,"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2510\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4559,"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2510\/revisions\/4559"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2519"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2510"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2510"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2510"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}