{"id":2390,"date":"2022-01-12T08:45:56","date_gmt":"2022-01-12T08:45:56","guid":{"rendered":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/?p=2390"},"modified":"2025-11-04T14:05:07","modified_gmt":"2025-11-04T14:05:07","slug":"carrying-counseling-outside-the-clinic-the-promising-potential-of-mobile-technology","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/2022\/01\/carrying-counseling-outside-the-clinic-the-promising-potential-of-mobile-technology\/","title":{"rendered":"Sesi kaunseling di luar klinik: Potensi teknologi mudah alih."},"content":{"rendered":"<p><strong>Egon Dejonckheere &amp; Peter Kuppens, KU Leuven, Belgium.<\/strong><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kebanyakan bentuk kaunseling dan psikoterapi masih dilakukan di dalam bilik terapi. Namun, sebaik sahaja klien meninggalkan bilik terapi, mereka kadangkala bergelut untuk menghadapi cabaran mereka, merebut peluang untuk menjadi lebih baik, dan melaksanakan apa yang telah mereka pelajari dalam sesi. <\/span><a href=\"https:\/\/epsychology.be\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/Van-Daele-Best-Bernaerts-Van-Assche-De-Witte-2021-Dropping-the-E.pdf\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kajian menunjukkan<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> bahawa <\/span><a href=\"https:\/\/onlinelibrary.wiley.com\/doi\/pdfdirect\/10.1002\/wps.20513\"><span style=\"font-weight: 400;\">amalan terapeutik boleh memberi manfaat besar<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> jika terdapat akses terus kepada maklumat tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Maklumat sedemikian boleh mengenal pasti cara untuk menguruskan, dan merapatkan jurang antara sesi kaunseling dan kehidupan sebenar.<\/span><\/p>\n<p><!--more--><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kemudahan telefon pintar, penjejak aktiviti dan peranti mudah alih yang lain hari ini membuka peluang yang menarik dalam hal ini. Ia membuka jalan kepada para kaunselor untuk mendapatkan maklumat tentang rutin harian klien mereka, dan melengkapkan ingatan klien tentang kehidupan mereka dalam sesi terapi. Penggunaan teknologi mudah alih antara sesi menyediakan ahli terapi dengan aliran maklumat yang langsung dan berterusan tentang pengalaman kehidupan sebenar klien, dan boleh meningkatkan kemungkinan untuk membantu klien secara langsung.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Mengenai penilaian, ahli terapi boleh menggunakan teknologi mudah alih untuk meminta klien\u00a0 melaporkan pengalaman mereka tentang simptom yang berkaitan atau kekuatan peribadi <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">semasa ia berlaku<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> dalam kehidupan seharian. Dalam apa yang dipanggil <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">platform pensampelan pengalaman (experience sampling platforms)<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">, ahli terapi boleh merekabentuk tinjauan atau borang soal selidik pendek yang disesuaikan dengan aduan atau keperluan khusus setiap klien. Apabila klien melengkapkan tinjauan tersebut, ia memberikan ahli terapi aliran maklumat yang terkini mengenai kehidupan klien mereka dan kurang bergantung kepada ingatan klien semata-mata.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Satu platform pensampelan pengalaman yang tersedia secara percuma ialah <\/span><a href=\"https:\/\/m-path.io\/landing\/\"><span style=\"font-weight: 400;\">m-Path<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">, yang kami telah bangunkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Aplikasi pensampelan pengalaman seperti m-Path boleh digunakan untuk mengira kekerapan tingkah laku (cth, episod makan berlebihan, serangan panik, tingkahlaku kompulsif, ritual mencederakan diri, dsb.), mengesan corak temporal (cth, perasaan kemurungan klien biasanya memuncak pada waktu pagi, tetapi hilang pada siang hari), atau mendapatkan pandangan tentang punca dan akibat aduan seseorang (cth, tahap kebimbangan klien biasanya meningkat semasa interaksi sosial). Dalam peranan sebagai pengamal saintis, ahli terapi boleh menganalisis dan meringkaskan data ini dalam graf dan carta intuitif sebelum sesi. Semasa pertemuan sebenar mereka, ahli terapi boleh menyalurkan kembali pola yang telah ditetapkan kepada klien. Pendekatan sedemikian membolehkan ahli terapi memperhalusi diagnosis mereka dan <\/span><a href=\"https:\/\/doi.org\/10.1176\/appi.focus.20180017\"><span style=\"font-weight: 400;\">meletakkan aduan pesakit ke dalam konteks<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">. Selain itu, teknologi mudah alih juga memudahkan pemantauan sepanjang proses terapi. Di sini, ahli terapi juga dapat menilai dengan teliti kesan rawatan (cth., <\/span><a href=\"https:\/\/www.tandfonline.com\/doi\/full\/10.1080\/10503307.2013.817696\"><span style=\"font-weight: 400;\">pemantauan hasil rutin<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">), kerana mereka menerima maklum balas segera tentang keberkesanan campur tangan mereka dan dapat menyesuaikannya dalam masa yang sepatutnya.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Secara terapeutik, teknologi mudah alih juga menawarkan faedah, dan ini terletak pada dua peringkat. Pertama, menilai, melabel dan melaporkan tentang aduan seseorang boleh meningkatkan rasa <\/span><a href=\"https:\/\/www.petrapsy.nl\/wp-content\/uploads\/2020\/11\/Simons-et-al-2015.pdf\"><span style=\"font-weight: 400;\">pemerkasaan<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> pesakit, kerana hanya dengan memberi perhatian kepada turun naik gejala dan puncanya menggalakkan wawasan dan keupayaan untuk mengatasi masalah mereka. Begitu juga, saling membincangkan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">mood<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> atau pola simptom dan keteraturan semasa sesi kaunseling boleh mengukuhkan <\/span><a href=\"https:\/\/pubmed.ncbi.nlm.nih.gov\/31434558\/\"><span style=\"font-weight: 400;\">pakatan<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> antara pesakit dan ahli terapi. Kedua, bantuan teknologi mudah alih dalam terapi juga boleh menjadi <\/span><a href=\"https:\/\/www.jmir.org\/2020\/8\/e18100\/PDF\"><span style=\"font-weight: 400;\">lebih langsung.<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> Peringatan mudah alih dan automatik dalam kehidupan seharian tentang latihan yang dibincangkan semasa sesi kaunseling meningkatkan pematuhan terapeutik klien antara sesi (cth., klien mendapat peringatan setiap hari untuk melengkapkan latihan relaksasi yang dibincangkan). Selain itu, banyak aplikasi dengan apa yang dipanggil campur tangan penyesuaian tepat pada masa (<\/span><a href=\"https:\/\/www.ncbi.nlm.nih.gov\/pmc\/articles\/PMC5364076\/\"><i><span style=\"font-weight: 400;\">just-in-time adaptive interventions<\/span><\/i><\/a><i><span style=\"font-weight: 400;\">)<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> ini juga menyediakan latihan berasaskan bukti untuk pelbagai aduan psikologi yang semakin meningkat (cth., pendedahan, senaman pernafasan, kesedaran atau <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">mindfulness<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">, dll.). Memandangkan klien biasanya membawa peranti mudah alih mereka ke mana-mana sahaja mereka pergi, mereka boleh berunding dan mencuba latihan ini dengan mudah di hujung jari. Dengan cara ini, kaunselor bukan sahaja menghargai kesan terapeutik mereka di luar bilik kaunseling, mereka juga mempunyai maklumat secara langsung tentang penggunaan dan keberkesanan intervensi (cth., adakah latihan relaksasi sebenarnya mengurangkan tahap tekanan klien?).<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Secara ringkasnya, bantuan teknologi mudah alih dalam terapi mempunyai potensi yang baik, dari segi penilaian dan perspektif terapeutik. Dari segi keberkesanan, penilaian kehidupan sebenar melalui peranti mudah alih menyediakan kaunselor dengan maklumat kes terperinci dan membolehkan pemantauan kemajuan secara berterusan. Dari segi kecekapan, mengumpul maklumat dalam kehidupan seharian mewujudkan ruang untuk amalan terapeutik lain dalam sesi kaunseling. Begitu juga, klien sudah boleh memantau diri mereka sendiri sebelum terapi sebenar bermula, mewujudkan maklumat asas yang berharga untuk doktor dan mengurangkan senarai menunggu berjumpa doktor atau ahli terapi. Mengenai campur tangan terapeutik, terdapat banyak aplikasi tersedia di gedung aplikasi untuk digunakan oleh semua orang. Namun begitu, apabila mencadangkan aplikasi mudah alih (bantuan diri) kepada klien, pastikan anda memeriksa sama ada ia <\/span><a href=\"https:\/\/www.sciencedirect.com\/science\/article\/pii\/B9780128160343000225\"><span style=\"font-weight: 400;\">berasaskan saintifik<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> dan mematuhi peraturan privasi yang berkenaan.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Cadangan praktikal<\/b><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Peribadikan apabila boleh.<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> Apabila menilai <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">mood<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> atau simptom klien dalam kehidupan seharian mereka, pastikan jadual tinjauan dan penilaian anda disesuaikan buat mereka.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Pastikan ia mudah.<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> Jangan buat tinjauan terlalu lama atau kekerapan penilaian terlalu tinggi. Jika protokol terlalu membebankan, klien tidak akan mematuhinya.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Cuba sendiri.<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> Terdapat banyak aplikasi terapeutik di pasaran, tetapi tidak semuanya disokong oleh penyelidikan saintifik. Sebelum mengesyorkan aplikasi kepada klien pastikan anda telah mencubanya sendiri dan menyiasat sama ada ia berasaskan bukti. Lihat juga sama ada aplikasi tersebut menyimpan maklumat sensitif dalam cara yang dilindungi dan peribadi. Sesetengah negara menyediakan senarai atau cadangan tentang aplikasi kesihatan mental seperti contohnya di <\/span><a href=\"https:\/\/www.nhs.uk\/apps-library\/\"><span style=\"font-weight: 400;\">UK<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">, <\/span><a href=\"https:\/\/mhealth-hub.org\/health-apps-repositories-in-europe\"><span style=\"font-weight: 400;\">Eropah<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> atau di <\/span><a href=\"https:\/\/www.nimh.nih.gov\/health\/topics\/technology-and-the-future-of-mental-health-treatment\"><span style=\"font-weight: 400;\">Amerika Syarikat<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Tengoklah dulu.<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> Sebelum sesi bermula, ambil masa yang cukup untuk memeriksa data yang dikumpul oleh klien. Terdapat banyak platform yang boleh memberi panduan kepada membimbing ahli terapi dalam analisis mereka, dengan papan pemuka intuitif yang menyediakan pelbagai graf atau carta.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><i><span style=\"font-weight: 400;\">Translated by Darlina Hani Fadil Azim<\/span><\/i><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Egon Dejonckheere &amp; Peter Kuppens, KU Leuven, Belgium. Many forms of counseling and psychotherapy still predominantly take place within the therapy room. Yet, once patients leave the therapy room, they sometimes struggle to face their challenges, seize opportunities to get [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2405,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"footnotes":""},"categories":[14,36],"tags":[],"class_list":["post-2390","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-e-health","category-mental-health"],"translation":{"provider":"WPGlobus","version":"3.0.2","language":"my","enabled_languages":["en","id","my","bg","zh","hr","cz","da","de","es","fr","gr","he","it","ja","kr","lv","lt","hu","nl","no","pl","pt","ro","ru","sk","fi","sv","tr","uk"],"languages":{"en":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"id":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"my":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"bg":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"zh":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"hr":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"cz":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"da":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"de":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"es":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"fr":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"gr":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"he":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"it":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"ja":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"kr":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"lv":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"lt":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"hu":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"nl":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"no":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"pl":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"pt":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"ro":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"ru":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"sk":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"fi":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"sv":{"title":false,"content":false,"excerpt":false},"tr":{"title":true,"content":true,"excerpt":false},"uk":{"title":true,"content":true,"excerpt":false}}},"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2390","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2390"}],"version-history":[{"count":16,"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2390\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4566,"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2390\/revisions\/4566"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2405"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2390"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2390"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/practicalhealthpsychology.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2390"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}