Kepentingan menilai strategi gaya tindak klien

Oleh Nadia Garnefski dan Vivian Kraaij, Jabatan Klinikal Psikologi, Universiti Leiden, Belanda

Rob baru mendapat berita bahawa beliau dijangkiti HIV (peristiwa negatif). Beliau menyalahkan diri sendiri (menyalahkan diri sendiri) dan mengelak daripada bertemu rakan-rakannya (menyisihkan diri). Situasi ini membuatkan beliau sedih. Ketika sedang beristirehat di rumah, beliau tidak boleh berhenti memikirkan tentang perasaan beliau (merenung kembali) dan mempercayai apa yang telah berlaku padanya adalah sesuatu yang amat memusnahkan (malapetaka). Kerana beliau merasa sedih, beliau mempunyai sedikit tenaga. Akibatnya, beliau menyisihkan diri lebih teruk. Ini membuatkan beliau lagi sedih. Dalam keadaan ini, Rob makin jatuh menjunam dalam kehidupannya.

Kebanyakan orang mengalami pelbagai emosi kuat sebagai tindakbalas terhadap peristiwa kehidupan yang negatif. Untuk menangani emosi ini ramai menggunakan pelbagai strategi kognitif dan tingkahlaku. Proses ini juga dikenali sebagai gaya tindak. Lazarus mendefinasikan gaya tindak sebagai usaha individu untuk mengurus tekanan yang dikaitkan dengan keadaan seperti cedera, ancaman atau cabaran. Dalam contoh Rob, di atas, peristiwa negatif adalah apabila mendapat berita beliau telah dijangkiti virus HIV. Contoh-contoh peristiwa yang memberi tekanan, seperti peristiwa tunggal contohnya kematian, penceraian atau kehilangan pekerjaan, kepada keadaan kehidupan yang bertekanan tinggi seperti pembulian, beban pekerjaan tinggi atau masalah hubungan. Oleh itu, gaya tindak berkaitan dengan pengurusan semua keadaan kehidupan yang bertekanan.

Strategi gaya tindak boleh dibahagian kepada kognisi (apa yang anda fikir) dan tingkahlaku (apa yang anda lakukan). Sebagai contoh strategi gaya tindak kognitif (fikiran) adalah menyalahkan diri sendiri. Mereka yang menggunakan strategi gaya tindak ini menyalahkan diri mereka sendiri untuk apa yang telah mereka alami (Rob menyalahkan diri sendiri apabila dijangkiti oleh virus HIV). Contoh strategi kognitif lain adalah merenung berulang-kali dan malapetaka. Merenung berulang-kali bermaksud seseorang itu memikirkan tentang emosi, perasaan dan fikiran yang berkaitan dengan pengalaman negatif. Rob menggunakan semua strategi ini. Contoh strategi kognitif lain adalah: menyalahkan orang lain, penerimaan, memfokus semula dan lain-lain perkara yang menyenangkan, merancang langkah untuk diambil, penialian semula yang positif atau menyatukan maksud yang positif kepada peristiwa, dan meletakkan peristiwa kepada perspektif (dengan membandingkannya, peristiwa buruk). Keseluruhannya, terdapat sembilan strategi gaya tindak kognitif yang terdapat dalam terbitan literatur. Contoh strategi gaya tindak tingkah laku adalah penyisihan diri, yang merujuk kepada menyisihkan diri anda daripada situasi dan hubungan sosial, yang mana telah berlaku pada Rob. Lain-lain strategi gaya tindak tingkah laku adalah mencari sesuatu untuk mengalih perhatian, mengambil langkah secara aktif untuk menangani pengalaman tersebut, mencari sokongan sosial, dan tidak mengendah, yang merujuk kepada perilaku seoalah-olah tiada apa yang telah berlaku. Kesemuanya, terdapat lima strategi tingkah laku yang dikenal pasti.

Dua instrument yang telah dibangunkan dan di sahkan untuk menilai gaya tindak kognitif dan tingkahlaku, iaitu Cognitive Emotion Regulation Questionnaire (CERQ) dan Behavioral Emotion regulation Questionnaire (BERQ). CERQ telah diterjemah dan disahkan dalam beberapa bahasa. BERQ telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa.

Kajian telah menyelidik peranan strategi gaya tindak kognitif dan tingkahlaku (dengan menggunakan CERQ dan BERQ) telah mengenalpasti strategi gaya tindak yang membantu dan kurang membantu. Berkenaan dengan strategi kognitif : merenung berulang-kali, malapetaka, dan menyalahkan diri sendiri boleh dikira sebagai kurang membantu dan penilaian semula yang positif, meletakkan dalam perspektif dan focus semula secara positif lebih membantu. Berkenaan dengan strategi tingkahlaku : penyisihan dan tidak menghirau boleh dikira sebagai kurang membantu, dan pendekatan secara aktif, mencari sesuatu untuk mengalih perhatian, dan mencari sokongan sosial lebih membantu. Ini merupakan kesimpulan umum, dalam situasi khusus dengan penyebab tekanan yang khusus, pemerhatian lain mungkin betul.

Pengetahuan tentang strategi gaya tindak kognitif dan tingkahlaku khusus mungkin boleh membantu memahami lingkaran ganas masalah psikologikal orang dan mungkin memberikan bayangan untuk mengubah corak maladaptif kepada yang lebih adaptif.

Rob telah bermula dengan terapi. Ahli terapi telah menilai strategi gaya tindak kognitif dan tingkahlaku Rob dan mendapati beliau telah mendapat markah yang tinggi terhadap menyalahkan diri sendiri, merenung kembali, malapetaka dan menyisihkan diri. Beliau menerangkan kepada Rob bahawa strategi-strategi ini tidak membantu dan boleh menyebabkan kemurungannya menjadi teruk, dengan membawanya lebih jatuh. Mereka mula bekerja dengan menghentikan penyisihan diri dan mengubah corak pemikiran negative dengan menggunakan Terapi Tingkahlaku Kognitif. Selepas beberapa sesi, Rob mula berjumpa rakan-rakannya kembali dan sekarang merasa lebih baik.”Saranan yang praktikal

  • Sentiasa menilai strategi gaya tindak klien bersamaan dengan psikopatologi. Ini mungkin memberi maklumat penting untuk difokuskan dalam terapi.
  • Berikan pendidikanpsiko tentang fakta bahawa strategi gaya tindak kognitif dan tingkahlaku mungkin orang mungkin menyumbang ke arah kemurungan.
  • Teknik umum daripada Terapi Tingkahlaku Kognitif mungkin boleh digunakan untuk mengubah strategi gaya tindak kognitif dan tingkahlaku maladaptive.

Diterjemahkan oleh Dr Anne Jamaludin